
Terbaru, pelakon cantik Anzalna Nasir berkongsi pengalaman menggembara ke luar negara buat pertama kalinya bersama anak sulungnya, Eidrees.
Difahamkan, Anzalna akan ke Paris untuk menghadiri Paris Fashion Week selain turut melancong ke beberapa buah negara lain bersama suami dan keluarga.
Bintang cantik itu telah berkongsi pengalaman tersebut di laman Instagram miliknya.
“Travelling with @mohamadeidrees was easier than I ever imagined. Boarding the flight, Eidrees was so happy! He laughed and smiled all the time. Menangis? Ofcourse ada! Tapi sebab nak susu. Im blessed to have such a good baby. Alhamdulillah… ❤️ ‘, tulisnya di entri tersebut.
Menurutnya, mengembara bersama Eidrees adalah lebih senang daripada apa yang difikirkannya kerana anaknya itu tidak banyak meragam.
Untuk rekod, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan melahirkan cahaya mata pertama, Eidrees pada 31 Mei lalu.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir
Leave a Reply