Walau sibuk bagaimanapun, masa bersama keluarga adalah penting untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Begitu juga dengan individu yang bergelar selebriti.
Pelakon, Mohd Saharul Ridzwan baru-baru ini telah meluangkan masa bercuti bersama isteri dan anak di Pulau Redang, Terengganu.
Menurutnya, percutian kali ini adalah sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-3.
Saharul turut berkongsi video ‘moment’ kali pertama anaknya menyentuh pasir pantai.
View this post on Instagram
Ali first time pegang pasir pantai. Ini dipanggil moment.❤️ . @syafmel_happyholiday
View this post on Instagram
Panorama dalam laut yang indah ini menarik perhatian peminat untuk turut bercuti di kawasan pelancongan yang terkenal itu.
Untuk rekod, Saharul Ridzwan telah mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deeda Emir pada16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Mohd Luth.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Leave a Reply