Bagusnya YB Sanggup Tangg@lkan Jaket Untuk Lindungi Anak Kecil

Siapa sangka hero-hero Korea yang sering menjadi pujaan ramai selama ini yang sekadar ditonton di kaca televisyen akhirnya dikatakan ‘muncul’ di depan mata rakyat Malaysia.

Memiliki rupa paras yang kacak, siapa tidak kenal dengan personaliti ahli parlimen, Syed Saddiq yang dikatakan prihatin akan isu-isu berkaitan anak-anak muda.

Memuat naik beberapa gambar di laman Twitter, Syed Saddiq berkongsi kegiatan bantuan yang disalurkan hasil kutipan umum buat seorang kanak-kanak yang dilap0rkan hanya tinggal bersama nenek selepas ibunya dipenj4rakan kerana dad4h manakala, ayahnya pula tidak dapat dikesan.

Susulan perkongsian berkenaan, gambar Syed Saddiq yang sedang memayungi kanak-kanak terbabit daripada hujan menggunakan jaketnya sendiri menjadi tular setelah dikatakan terlihat seperti hero-hero dalam drama Korea yang menjadi igauan buat seluruh peminat K-drama.

Tindakan Syed Saddiq melindungi anak kecil ini terlihat macho meskipun hanya daripada rintikan hujan namun seolah-olah kena pada gaya sasa dirinya yang terlihat sedang mengangkat basikal ketika ingin melintas jalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan ahli parlimen muda ini kerana terlihat begitu penyayang dan prihatin akan isuu semasa dalam kalangan masyarakat.

Umum mengetahui bahawa Syed Saddiq telah menceburi bidang p0litik di usia yang agak muda serta berperwatakan menarik, tidak hairanlah mengapa beliau mendapat banyak perhatian daripada golongan pemuda tempatan mahupun luar negara.

Sebelum ini, Syed Saddiq sudah berjaya meraih tumpuan  di media sosial luar negara khususnya dalam kalangan wanita-wanita dari Thailand dan Kemboja.

Beberapa netizen yang dipercayai berasal daripada negara lain juga turut menyatakan bahawa mereka amat tertarik akan wajah yang dimiliki oleh Syed Saddiq ini.

Kali ini Syed Saddiq disamakan dengan hero-hero K-drama, siapa agaknya ya wajah yang dikatakan persis seperti ahli parlimen muda ini?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*