Setiap orang mempunyai ujian yang tersendiri. Membesar tanpa perhatian kedua ibu bapa ataupun keluarga merupakan sesuatu yang agak memeritkan.
Ibu kandung serah sejak bayi
Hal ini samalah dengan perkongsian pengguna Facebook yang juga merupakan aktivis masyarakat, Natipah Abu apabila memuat naik kisah seorang gadis istimewa yang ‘dibuang’ saudara mara angkat atas beberapa faktor.
Ibu, bapa & kakak angkat sudah meninggal dunia
Menerusi perkongsiannya, gadis berusia 35 tahun itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam. Dia dibesarkan oleh pasangan suami isteri apabila diserahkan sendiri oleh ibu kandung ketika masih bayi.
Ibu kandungnya sehingga kini tidak dapat dikenal pasti. Dia dibesarkan oleh pasangan suami isteri itu dengan penuh kasih sayang tetapi Allah menguji mereka apabila ibu angkatnya meninggal ketika gadis OKU itu masih kanak-kanak.
Selepas itu, bapa angkatnya telah mengalami strok ketika dia berusia 25 tahun dan mereka berpindah ke rumah anak sulung bapa angkat sehingga lelaki itu meninggal dunia.
Selang enam bulan setelah bapa angkat pergi menghadap Ilahi, kakak angkatnya pula meninggal dunia.
Saudara mara angkat ada kekangan aurat
Episod sedih bermula apabila dia terpaksa keluar dari rumah tersebut atas alasan aurat dengan bekas suami kakak angkatnya.
Jadi, dalam masa beberapa bulan dia sudah berpindah-randah sebanyak 6 kali. Hidupnya juga terumbang ambing kerana tiada saudara mara kandung.
Ditempatkan di rumah kebajikan
Gadis itu juga dilihat kurang bercakap dan tidak seperti insan normal. Sepatah ditanya, sepatahlah dijawab dan dia juga lebih suka bersendirian.
Jadi, pihak Natipah Abu telah membawa dia ke rumah kebajikan agar kehidupannya lebih terjamin dan kekosongan hatinya terisi. Semoga urusan pihak-pihak yang membantu terus dipermudahkan. InnshaAllah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh
Sumber: Oh My Media
Leave a Reply