“Ikan Salmon Tu Kucing Aku Je Makan” Dilabel Kekwat, Netizen Selar Kenyataan Rizalman Ibrahim

Dalam masa pendemik COVID-19 ni, sudah semestinya banyak peniaga kecil terjejas dan keuntungan yang diperoleh tidak lah banyak mana jika dibandingkan sebelum ini.

Disebabkan itu ada antara peniaga menggunakan kuasa viral daripada selebriti untuk mempromosikan produk jualan mereka supaya dapat menarik minat pelanggan.

Namun apa agaknya perasaan peniaga itu sendiri sekiranya makanan yang mereka berikan kepada selebriti itu dicela secara terang-terangan.

Satu twit telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menyelar tindakan pereka fesyen terkenal tempatan, Dato’ Rizalman Ibrahim yang dikatakan semakin kekwat sehingga sanggup menyamakan pemberian seorang peniaga kepadanya sebagai makanan untuk kucing peliharaannya sahaja.

Dalam masa yang sama, ramai warganet turut mengatakan perkara yang sama iaitu mempersoalkan mengapa beliau mencela makanan itu.

Kata mereka, kalau tak suka tak perlu lah sampai nak cela makanan, cukup sekadar ucap terima kasih dan beri kepada jiran tetangga.


Hmm, mungkin Rizalman ada sebab sendiri mengapa beliau mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Beliau turut mengemaskini profile bio di laman Instagram miliknya dengan memberitahu beberapa jenis makanan yang beliau tidak makan.

Jadi lepas ni kalau sesiapa nak hantar makanan pada Rizalman, make sure bagi yang beliau makan sahaja ya.

Tak salah pun sebenarnya menggunakan kuasa viral selebriti ni sebab ia sedikit sebanyak turut membantu jualan.

Cuma mungkin cara Rizalman tu sahaja yang tidak boleh diterima oleh orang ramai.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*