Upload 9 Video, Raih Jutaan Tontonan, Youtuber Indonesia Did@kwa ‘Jual’ Kisah Kemat!an Bapa

Menjadi Youtuber mungkin nampak mudah. Namun hakikatnya, demi meraih tontonan yang tinggi, mereka perlu menonjolkan kreativiti  yang luar biasa.

Maka tidak hairahlah jika ada sesetengah mereka yang sanggup melakukan apa sahaja bagi meraih views yang banyak.

Youtuber jadikan berita kematian bapanya sebagai content

Kisah seorang influencer Indonesia viral di media sosial kerana dia dikatakan ‘menjual’ kisah kematian bapanya untuk dijadikan content di Youtube bagi meraih views yang banyak.

Selebriti media sosial berkenaan dikenali sebagai Ria Ricis yang dipercayai dia berada di Flores ketika mendapat perkhabaran bahawa bapanya telah dijemput Ilahi.

Sebaik mendengar berita memilukan itu, dia bergegas pulang ke Jakarta untuk melihat arwah bapanya buat kali terakhir. Sejurus tiba di Jakarta, Ria Ricis dikatakan terus ke tempat pengebumian bapanya itu.

Belum genap seminggu dah ada 9 video

Momen-momen sedih berkenaan sempat direkod kumpulannya dan telah memuat naik video berkenaan di Youtube. Lebih mengejutkan lagi, content berkenaan turut diselitkan paparan iklan yang begitu banyak seperti ingin meraih pendapatan melalui iklan berkenaan.

Baru sehari bapanya meninggal, Ria Ricis dikatakan telah memuat naik tiga video di Youtube. Kesemua video berkenaan berkaitan dengan kematian bapanya. Meskipun, belum genap seminggu bapanya meninggalkan, Ria Ricis dikatakan sudah memuat naik sembilan video. Menerusi video yang dimuat naik terutama ketika di kubur, beberapa lensa kamera tertumpu ke arah Ria.

Malangnya, netizen mengatakan bahawa perbuatannya yang merakam kematian bapanya seolah ‘menjual’ kisah bapanya demi content. Walaupun mereka kecam perbuatannya kerana menganggap ianya tidak patut dilakukan, namun sesetengah netizen tetap mendoakan semoga Allahyarham bapanya tenang.

‘Pah, aku pulang…’

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*