Zamani Meng4ku Terjeb4k Dengan D4dah Sejak Sek0lah

Vokalis kumpulan Slam, Zamani membuat pendedahan ber4ni apabila mengaku terjeb4k dengan peny4lahgunaan d4dah sejak di bangku sekolah.

Peng4kuan tersebut dibuat Zamani secara ekslusif menerusi program sketsa dan bual bicara komedi, Rumah No. 107 Musim Kedua yang bersiaran pada Jumaat lalu.

Zamani berkata, terjeb4k dengan n4jis d4dah adalah satu kesil4pan terbesar yang dilakukan dalam hidupnya.

Katanya lagi, andai waktu boleh diputar dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah mem4lukan nama keluarga dan mahu mencium tapak kaki wanita yang disanjungi itu.

“Saya terus-terang cakap…Saya terjerumus dengan d4dah sejak di bangku sekolah. Semua d4dah daripada yang kurang ku4t sampailah yang paling kuat semua saya dah…

“Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hid.up…saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah mem4lukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.

“Kalau dia masih ada, saya malu dengan dia, saya r0sakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni.

“Mereka dah didik saya dengan baik tetapi saya yang ters4sar. Saya tidak pernah meny4lahkan kawan-kawan atau orang lain sebab memang kehendak saya,” katanya.

Selain itu Zamani turut berkongsi mengenai peny4kit tulang belakang dihadapinya yang juga berp.unca daripada d4dah.

Selain Zamani, turut diundang sebagai tetamu istimewa Rumah No. 107 ialah Ameng, Spring yang terbuka berkongsi mengenai kisah silamnya secara ekslusif.

Berbeza dengan Zamani, Ameng berkata dia mula terjebak dengan n4jis d4dah selepas bergelar artis dan mengakui ‘culture sh0ck’.

“Ketika mula-mula jadi artis saya mengaku ‘culture sh0ck’ dengan kehidupan baru saya. Maklumlah ada duit sendiri, kawan-kawan ramai.

“Saya banyak habiskan masa di kelab-kelab malam. Tetapi, saya bersyukur kerana ditangk4p dan dipenj4rakan selama lapan tahun dengan 10 seb4tan atas tudu.h4n memiliki barang terl4rang.

“Kalau saya tak masuk penj4ra, mungkin sampai sekarang pun saya tak sedar dan mungkin tidak berubah.

“Lapan tahun dalam penj4ra, saya isi kehidupan saya dengan perkara-perkara yang telah lama saya tinggalkan sebelum itu.

“Sikit pun saya tak sangka isteri saya setia dan sabar menunggu saya. Saya ingat lagi ketika dij4tuhkan huku.man saya tak sanggup nak pandang wajah isteri. Malah saya tak pandang pun muka anak saya.
“Saya rasa nak bu4ng semua! Saya berasakan seperti dunia saya sudah gel4p. Tetapi syukur Alhamdulillah, Allah SWT ada hikmah di sebalik dugaan,” katanya.

Dalam pada itu Zamani dan Ameng berkata, perkongsian mereka adalah untuk dijadikan pedoman dan pengajaran kepada orang ramai.

Rumah No. 107 musim kedua masih lagi mengekalkan pemain utamanya sebagai pengemudi, dengan diketuai oleh pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan pengarah versatil tanah air, Khir Rahman.

Khir turut ditemani barisan pelawak dan pelakon komedi popular negara, Joey Daud, Ropie, Shuk Sahar dan anak seni kelahiran Indonesia, Vicha.
Rumah No. 107 musim ini bersiaran sebanyak lapan episod dengan durasi 90 minit menampilkan penglibatan ramai nama-nama tersohor tanah air sebagai selebriti jemputan.

Di antaranya termasuklah Linda Onn, Halim Othman, Zamani, Ameng SPRING, Dato Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimy, Abby Abadi, Didie Alias, Zizi Kirana dan Kumpulan ELITE (Watie,

Azza, Linda Raafar), Catriona Ross, Zarina Zainuddin, Saiful Apek, Dato Chef Wan, Syanie, Nabilla Razali, Datin Marlia Musa, Angeline Tan, Dato Aznil Nawawi, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Rumah No. 107 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna saluran 107 HD dan 127 SD.

Selain itu, untuk pilihan yang lebih fleksibel anda juga boleh strim program ini secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

Berikut sedikit info mengenai Zamani Slam

Biodata
Nama penuh: Zamani bin Ibrahim

Tarikh lahir: 25 Mei 1971

Umur: 47 tahun

Asal: Selangor

Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon

Tahun aktif: 1993 sehingga kini

Label: BMG Music, Warner Music dan Universal

Media sosial: Instagram @zamanislam_official

Fakta Menarik
1. Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.

2. Awal tahun 2015, beliau ditangkap kerana memiliki dan mengambil dadah, kemudiannya dirawat di pusat pemulihan.

3. Beberapa bulan menjalani rawatan, Zamani disahkan bebas daripada najis dadah dan akhirnya kembali membuat kemunculan semula dalam dunia muzik pada tahun 2016.

4. Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

5. Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

6. Sebagai pelakon, Zamani pernah membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Bara (1999), bersama Nasha Aziz dan Awie. Telefilem dilakonkannya pula ialah Syair Si Pari-Pari (2002) dan Celak Pak Andam (2009).

7. Selain meraih pelbagai pengiktirafan anugerah, kumpulan Slam yang dianggotainya juga telah mengadakan beberapa konsert berskala mega dan antara yang paling diingati ramai pastinya Konsert Grand Slam Unplugged yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 dengan iringan gah muzik orkestra bertempat di Stadium Negara.

8. Bagaimanapun, kemunculan semula Zamani pada tahun 2016 kurang mendapat sambutan kerana beliau mendakwa single yang dikeluarkan berjudul Tambatan Hati tidak dimainkan di stesen radio hingga tidak disedari peminat.

9. Namun Zamani enggan berputus asa untuk terus mengeluarkan single berkualiti demi diterima semula dalam dunia hiburan.

10. Pada September 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing bersama 11 penyanyi iaitu Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

sumber: astrogempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*