Video Iqram Dinzly Bertent@ngan Ajaran Islam – JAIPk

Melihat perubahan tingkah laku pelakon Iqram Dinzly yang semakin @neh dan pelik, ramai di kalangan rakan artis dan pendakwah bebas menyifatkan bahawa beliau perlu dibantu dan dir@wat.

Pendakwah bebas, PU Syed apabila memberitahu supaya Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saifuddin perlu dirawat jika benar dia mempunyai masalah kesihatan.

“Sedikit ulasan saya tentang Iqram. Perlu bawa untuk dapatkan rawatan kalau benar dia skit. Tapi kalau dibuat dalam keadaan dia sedar, perlu diambil tindakan undang-undang kerana telah mer0sakkan akidah diri dan umat Islam yang lain,” kata Syed.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyifatkan kenyataan seorang selebriti tanah air di dalam video siaran langsung menerusi satu laman sosial baru-baru ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya berhenti mengikuti laman sosial selebriti berkenaan kerana dibimbangi mempengaruhi individu lain.

Menurut beliau, pihak JAIPk pernah beberapa kali menemui dan memberikan nasihat kepada pelakon itu agar tidak mengulangi perbuatan yang bertentangan dengan agama.

“Saya nasihatkan pengguna media sosial tidak melayan perbuatan @neh pelakon tersebut. Kata-kata yang diucapkan pelakon itu semasa ‘live’ di media sosial, tak betul dan amat bertentangan dengan agama.

“Kalau benda itu tak betul, jangan ikuti laman sosial dia, jangan beri ‘like’ atau reaksi yang menyokong tindakan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

 

Sumber : Media Sayur

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*