Kisah Sudin Lawan Bhai Jaga Yang Ramai Tak Tahu

Seniman S Shamsuddin memang terkenal di kalangan para pelakon dan petugas di Studio Jalan Ampas kerana mempunyai bentuk badan yang sado. Ini kerana beliau memang rajin angkat besi di masa lapangnya sejak dari muda lagi.

Pada satu pagi, sebelum bermulanya penggambaran filem SENIMAN BUJANG LAPOK, Sudin telah mencabar Bhai Jaga di Studio itu untuk beradu kuat dalam perlawanan gusti lengan.

Bhai Jaga yang bernama Sarbans Singh seringkali berlakon sebagai extra dan antara filem lakonannya yang paling terkenal adalah sebagai salah seorang penumpang Bengali berbadan tegap yang cuba menghumban Shariff Dol ke dalam sungai dari filem PENDEKAR BUJANG LAPOK.

Bhai Jaga yang bertopeng kerana sedang shooting filem INDERA BANGSAWAN, menerima cabaran Sudin. Beberapa orang krew termasuk Penolong Pengarah S Sudarmadji (berdiri kanan sekali) telah berkumpul untuk memberi sokongan moral kepada Sudin. Peraduan itu berlangsung selama tiga minit sahaja. Sudin telah cuba mencurahkan segala tenaga nya sehingga terkeluar

Segala urat di tangan, leher dan di dahinya. Tetapi akhirnya dia terpaksa akur dengan kegagahan Bhai Jaga itu. Sudin pun tumpas dengan mudah sekali.

Shamsuddin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.

S. Shamsuddin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman.

Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya June 2013

Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembu.skan n4fas tera.khirnya dan dikeb.umikan di Pusara Abadi, Singapura

ZAMAN KEGEMILANGAN: (Dari kiri) Allahyarham P. Ramlee, Allahyarham S. Shamsuddin dan Allahyarham Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok. – Foto SHAW

PERGINYA sahabat terakhir filem Seniman Bujang Lapok, Datuk Aziz Sattar, mengikuti rakan seperjuangan beliau, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, meninggalkan kepada kita kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Dengan pemergian beliau, ia menandakan berakhir sudah riwayat kehidupan Seniman Bujang Lapok.

 

Sumber : Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*