Ramai Sangka Allahyarham Sudirman Menigg4l Sebab Dad4h, Sekali Wartawan Ni Buka Cerita

Seorang wartawan hiburan terkenal era 80an hari ini menegaskan punca sebenar kematian penyanyi Allahyarham Sudirman Hj Arshad adalah akibat perbuatan sihir serta pneu.monia dan langsung tidak ada kena mengena dengan pengambilan da.dah atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan (AI.DS) seperti yang sering diperkatakan.

Saodah Ismail yang juga rakan karib Allahyarham memberitahu, Sudirman sendiri semasa hidupnya menyedari dirinya menjadi mangsa fitnah ramai pihak yang menuduhnya mengambil da.dah.

Katanya, disebabkan tuduhan-tuduhan tersebut, Sudirman pernah menjelaskan dalam beberapa sidang akhbar yang beliau tidak pernah terlibat dalam mengambil sebarang benda terlarang dalam hidupnya sebagai anak seni.

Menurut Saodah, pernah selepas mengadakan persembahan di Sarawak, Sudirman mengatakan dalam satu sidang akhbar yang beliau berani bersumpah tidak mengambil da.dah.

Malah kata Saodah, oleh kerana merasakan seolah-olah penafian itu belum cukup, Sudirman sekali lagi mengulang penafian yang sama dalam satu lagi sidang akhbar tidak lama selepas itu.

” Sudirman ketika itu mengakui badannya semakin kurus dan mukanya bertambah cengkung kerana terlalu penat berlatih untuk mengadakan pelbagai persembahan malah bila bekerja beliau selalu hilang selera makan sehingga hampir seminggu tidak menjamah nasi, hanya minum bergelas air suam.

” Ketika beliau sakit, banyak cerita mistik mengenai keadaannya. Pernah seorang peminatnya dari Perak mendedahkan Sudirman ada menulis surat ‘meminta maaf’ kerana baru saja baik sakit disebabkan ‘dianiaya seseorang’ di mana dari tubuhnya keluar hirisan teng.korak orang ma.ti dan dia nyaris hilang ingatan.

FOTO kenangan Saodah Ismail bersama Allahyarham Sudirman Haji Arshad. – Gambar koleksi peribadi Saodah Ismail

Allahyarham Sudirman 'pergi' kerana disihir, pneumonia… bukannya sebab buat benda terlarang" – Saodah Ismail – Viral Purba

” Saya antara orang yang percaya bahawa meskipun perubatan menyebut pneu.monia atau jantungnya gagal berfungsi sebagai punca kema.tian Allah.yarham, saya percaya beliau juga terkena si.hir,” kata Saodah dalam buku tulisannya yang bertajuk Sudirman Yang Ku Kenali.

” Waktu Allah.yarham meninggal, beliau ‘dimandikan’ dengan pelbagai janji antaranya nak buat sebuah institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak-anak muda yang berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku.

” Muzium pun tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. Ku.burnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allah.yarham.

Sumber : Malaysia Gazette (Dipetik dari artikel tarikh 20 February 2019)

Menjejak ‘kehil4ngan’ Sudirman

Kali terakhir hadir sidang akhbar Sudirman Haji Arshad pada Jun 1991. Majlis berlangsung di pejabatnya di Sri Hartamas di ibu negara antara lain Sudirman selaku pemilik Sudirman Production yang menerbitkan album solo Atai berhasrat menerbitkan pula album Uji Rashid dan Yusni Hamid (Datuk).

Selang seminggu kemudian, dunia hiburan tanah air menjadi gempar. Gempar kerana tiba-tiba Penghibur No 1 Asia itu hilang entah ke mana.

Pelbagai usaha dilakukan pihak media untuk menjejakinya sehinggalah timbul spekulasi Sudirman dikatakan lumpuh separuh badan (di bahagian kiri anggota) akibat penyakit misteri yang dihadapinya hinggalah ke tahap Sudirman dikatakan sudah meninggal dunia.

Tetapi di manakah dia dan apakah penyakitnya, inilah persoalan dilontarkan peminat pada wartawan ketika itu. Sebagai akhbar yang belum setahun jagung, Harian Metro (HM) tidak mahu tercicir untuk turut menjejaki di manakah Sudirman disembunyikan keluarganya?

Umum maklum hubungan baik Sudirman dengan pelbagai akhbar besar dan majalah terkenal tanah air, implikasinya memberi cabaran pada HM untuk mendapatkan berita terkini Sudirman daripada keluarganya.

Atas saranan Pengarang HM Ahmad Puad Onah dan Pengarang Berita HM Mior Kamarul Shahid (Datuk) satu unit khas dibentuk hasil kombinasi wartawan Meja Hiburan, Meja Berita dan Meja Jenayah.

Selain penulis, Meja Hiburan disertai Saodah Ismail, Roslen Fadzil dan Anwar Husin. Wartawan Meja Jenayah mengikut syif seperti Hamid Karim, Rashid Rahaman, Habhajan Singh, Yaacob A Rahim, Khalid Yassin, A Hanim Malek, Razali Zakaria dan Wan Sabariah Sheikh Ali.

Giliran Hamid yang bertugas jam 12 malam ke 8 pagi dikerah meninjau ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara lewat tengah malam kononnya jenazah Sudirman sudah dikebumikan secara senyap-senyap, tetapi apabila kembali ke pejabat dia menggeleng kepala tanda hampa.

Beberapa hospital antaranya Hospital Besar Kuala Lumpur (kini HKL), Pusat Perubatan Subang, Hospital Universiti, Hospital Besar Kuantan, Pahang, yang dihubungi HM memberitahu Sudirman tidak dimasukkan ke hospital berkenaan. Buntu juga wartawan HM ketika itu.

Hasil informasi, Sudirman dikhabarkan menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal (PPT). Lewat tengah malam, Mior minta penulis menelefon rumah kakak Sudirman bertanyakan keadaan adiknya itu dengan menyamar sebagai peminat setia.

Taktik tidak menjadi apabila yang menjawab panggilan enggan beri kerjasama selain menyindir mengapa mengganggu rumah orang pada tengah malam buta. Rakan artis yang rapat dengan Sudirman termasuk pengurusannya ketika dihubungi pun tidak mengetahui di mana Sudirman.

Langkah seterusnya mahukan juga kenyataan rasmi di manakah Sudirman dilarikan, penulis diminta meninjau ke PPT juga. Tiba di pusat rawatan itu sekitar 3 pagi, cuba juga bertanya pada jururawat di situ tetapi masing-masing mengelak kerana tidak mahu beri kerjasama.

Ada yang bertanya, “Awak siapa?” dijawab penulis, “saya keluarga abang Sudir, baru datang dari Temerloh.” Sekali lagi taktik tidak menjadi, namun sesudah didesak pada seorang kakitangan PPT itu, dia berkata tidak boleh beri komen apa-apa lalu meminta rujuk pada pihak yang berwajib. Malangnya pihak itu masuk bertugas jam 9 pagi, terpaksalah penulis bersengkang mata menunggu orang berkenaan.

Detik hati Sudirman memang sedang dirawat di PPT terjawab sebaik terpandangkan lelaki India bertubuh tegap di lobi PPT itu. Kelibat lelaki itu memang biasa dilihat menemani Sudirman dan apabila dia terpandangkan penulis, dengan wajah bengis dia menegur, “lu cari siapa?”

“Tarak apa-apa, jalan-jalan tengok famili,” jawab penulis, barangkali dia kenal wajah penulis ada cop wartawan. Sebaik pihak yang dimaksudkan itu tiba, tanpa berlengah penulis meluru ke biliknya. Awalnya dia cuba mengelak tetapi sesudah merayu, barangkali dia pun kasihan tengok wajah penulis yang mulai layu akhirnya dia mengesahkan dengan kenyataannya, “Sudirman memang ada di sini.”

Sebaik mendapat pengesahan itu, penulis segera menelefon pejabat yang menanti penuh debar. Sebaik maklumat sudah disampaikan penulis pulang ke rumah di Kampung Klang Gate Baru untuk berehat dan bila datang bekerja pada tengah hari (HM ketika itu adalah akhbar edisi petang) sudah terpampang berita muka depan HM pada 20 Julai 1991, Penyakit Sudir Jadi Tanda Tanya – Masuk Tawakal Malam Rabu lalu.

Sebagai akhbar baru, berita itu beri tamparan hebat kepada akhbar ternama yang masih terkial-kial mencari di manakah Sudirman. Berita itu juga memberi informasi terkini pada rakan artis untuk menziarahi Sudirman termasuklah Presiden Papita (Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair) A Rahman Hassan (Datuk), malangnya tidak dibenarkan hanya nota saja disampaikan pada Sudirman.

Sebaik umum sudah mengetahui lokasi Sudirman, keluarganya menjadi bertambah bimbang, dan lebih hampa buat rakan baiknya, penghibur Noor Kumalasari ketika menelefon PPT bertanyakan Sudirman, diberitahu pihak pengurusan Sudirman sudah keluar dari wad.

Sebagai penghibur paling berpengaruh ketika itu, berita Sudirman jatuh sakit menjadi medan terbaik untuk wartawan mengasah bakat bagaimana mencari maklumat paling tepat. Tidak kira apa cara sekalipun, sehingga terpaksa menyamar sebagai pesakit ke Darul Syifa, Bangi, untuk bertanyakan pada Prof Datuk Dr Haron Din sebagaimana terpampang berita muka depan HM 31 Julai 1991, Sudir Ubat Cara Islam.

Jika berita Sudirman mula dirawat, HM mendahalui akhbar-akhbar lain, sekali lagi HM membuat kejutan apabila menghasilkan eksklusif berita kematian Sudirman pada 22 Februari 1992. Kemuncak berita kematian itu adalah hasil kombinasi baik pelbagai unit di HM berikutan wartawan Meja Sukan, Fahmi Omar yang bertugas jam 5 pagi turut membantu wartawan malam, A Hanim Malek menulis berita berkenaan.

SUMBER: HMETRO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*