13 Tahun Kahwin Masih Belom Ada Rezeki Anak – Arash Mohd

PELAKON Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.

Arash, 51, berkata, dia bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.

“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.

“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.

“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.

“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi.

Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.

Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama sc4mmer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.

“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dik3sali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.

“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.

Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di h0sp1tal. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembed4han sebab ada masalah membabitkan k3sihatan wanita.

“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.

Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.

BERSAMA kucing k3sayangannya, Yeyen.

“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak ku.rung dalam sangkar.

“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.

“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.

Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.

“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang.

Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.

“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.

“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu.

Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.

Selain berkongsi mengenai kucing k3sayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.

Sumber : HMETRO ONLINE

Sumber : ASN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Gossip Bawang

 

Terdahulu Hangat Diperkatakan Tentang Pelakon Siti Elizad ‘Dapat Anak Ke Tak Itu Kerja Allah’ – Ditu duh Man dul, Siti Elizad Buat Laporan Polis

Selama enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Siti Elizad dan suami belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Difahamkan, sebelum ini Siti Elizad pernah menjalani pelbagai rawatan termasuk IVF untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum ada rezeki.

Terbaharu, di posting Instagram Siti Elizad, dia berang apabila menerima komen netizen yang didakwa menu duhnya man dul dan tidak menutup aurat menyebabkan dia tidak dikurniakan rezeki.

Sedih teramat-amat sangat

Difahamkan, individu tersebut telah meninggalkan komen ‘man dul’ pada posting sebuah artikel mengenai Siti Elizad yang memohon doa orang ramai untuk dikurniakannya zuriat. Pelakon itu terkilan dan sedih apabila dilemparkan kritikan dengan ayat ‘man dul’ dan tidak bersolat menyebabkan dia tidak mendapat zuriat.

Dimulakan dengan salam dan Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh” macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MAN DUL, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni man dul ke tak? Boleh beranak ke tak? Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat?!

I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah kerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload ke?! Lain orang lain caranya.

Aku struggle macam nak mati

Tambah Elizad, sepanjang usia perkahwinannya itu dia telah kerap kali berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan IVF, namun, sehingga sekarang dia reda jika belum dikurniakan zuriat. Susulan itu, Elizad telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil dan akan membawa isu ini ke muka pengadilan.

I’m happy with my life. Dapat anak ke tak ke, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that “ MAN DUL” word to me! Kau tahu tak? Aku struggle macam nak mati nak dapatkan zuriat sendiri! Hari-hari dalam solat menangis-menangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni.

Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, SAKIT TAHU TAK?! SAKIT! Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK!

Pelakon ini meluahkan rasa sedih apabila menerima komen sedemikian yang dilemparkan kepada dirinya. Tetapi pada masa yang sama dia juga berterima kasih kepada rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan serta tidak putus memberi kata-kata semangat buat dirinya.

Jarang aku ambil port dan tak maafkan orang. But not this time! Luluh hati ni, sedih sangat-sangat! Tuhan je tahu. I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil. Thank you so much Koperal Farhana dan semua anggota polis yang membantu juga Inspektor William Balai Polis Sungai Besi.

Buat Brother yang backing saya dalam video tanpa saya kenali anda, terima kasih banyak-banyak. Juga mereka yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya, tunggu esok untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Siti Elizad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*