“Selamat masuk, selamat keluar”-Caprice dadah dia akan laksanakan misi paling susah ke Gaza

INISIATIF penyanyi rap Caprice melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza dan Mesir pada malam Rabu lalu mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mempersoalkan keperluan dan tujuan sebenar Caprice ke wilayah bergolak itu ketika negara Malaysia berdepan dengan pandemik yang semakin membimbangkan.

Tampil menjelaskan perkara itu, Caprice berkata selain memberi pertolongan kepada penduduk Palestin, dia juga ingin bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah dan mengukuhkan misi jangka panjangnya.

Menurut Caprice lagi, beliau akan melaksanakan misi paling sus4h ke Gaza

“Kalau Caprice hil4ng jap dari social media lebih dari 48jam, maksud dia kita sudah jalan misi paling susah ke Gaza… Alhamdulillah, Dr Ramy El Nazer dari Red Crescent Egypt bagi sokongkan 300% untuk kita masuk…dalam masa terdekat. Selamat masuk, selamat keluar, InsyaAllah..”

“Thank you to Dr Ramy, the Red Crescent Egypt, and the Egyptian Government for championing the most challenging humanitarian cause in the World. Your efforts must be applauded and reminded why Malaysia and Egypt must continue to grow together and help everyone in need. Regardless of race and religion but in the name of humanity. Alhamdulillah.”

“Ramai yang bertanya mengenai misi saya di Gaza. Jadi, saya perjelaskan tujuan pertama saya ke sana untuk memberikan pertolongan kepada penduduk Palestin.

“Selain itu untuk bertemu dengan kenalan baharu dan membina jaringan yang lebih kukuh demi visi jangka panjang saya Road To Al Aqsa 2040.

“Saya juga mahu berjumpa dengan warganegara dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah sejak Covid-19,” jelas Caprice kepada mStar.

Penyanyi lagu Kau Hade ini memuat naik penjelasan tersebut di laman Instagram miliknya selepas menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu.

Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini.

Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa syukur apabila mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu dan menganggap ia satu rezeki yang tidak disangka-sangkakan.

Caprice berkata, dia terbang ke negara itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.

Penyanyi itu selamat tiba di Kaherah, Mesir selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.

Dalam pada itu, Caprice berkongsi situasi yang dilalui dan tidak dapat merakam aktivitinya demi keselamatan.

“Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini. Saya tak boleh rakam semua gerakan untuk misi tertentu demi keselamatan. Kalau ada misi yang telah selesai baru dapat post.

“Terima kasih kepada semua yang doa dan bakar semangat kita… saya sangat hargainya. Sayang dan semoga Allah memberkati Malaysia,” ujarnya.

Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk kekej4man reji.m Zi0nis terhadap bumi Gaza malah, dia pernah berdebat dengan dua influencer Israel berkaitan dengan isu semasa itu menerusi IG Live.

Dalam pada itu, dia juga berjanji untuk mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia.

Sementara itu, rata-rata netizen termasuk rakan selebriti turun mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan.

“Bertuahnya semoga dipermudahkan perjalanan dan misi bermakna” tulis Fedtri Yahya.

Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.

“Masha Allah, kamu memang seorang yang bertuah. Semoga perjalanan kamu selamat. Buat kami bangga” ujar Catriona Ross.

Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk keke4man reji.m Zi0nis terhadap bumi Gaza.

Malah, dia pernah mencetuskan kontr0versi apabila bertindak berdebat dengan dua influencer Isr4el berkaitan dengan isu semasa itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*