Janna Nick m4lu teman lelaki jadi perempu4n. Sekali dia masuk komen kat IG Dini Schatzmann

Umum mengetahui kisah cinta Janna Nick dan Dini Schatzmann bukan lagi rahsia dan sememangnya diketahui ramai. Malah, pasangan itu juga tidak kekok berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial.

Pertama kali bergandingan dengan kekasihnya menerusi drama Marry Me Senorita sebagai hero dan heroin, bagaimanapun Janna mengakui kekok ketika berlakon bersama pelakon kacukan Melayu-Switzerland itu

Baru-baru ini, kekasih kepada pelakon Janna Nick iaitu Dini Schatzmann memuat naik beberapa video memperlihatkan dirinya berpenampilan seperti seorang wanita di Instagram.

Biarpun video itu bertujuan untuk mempromosikan produk kecantikan, namun ada segelintir yang bimbang akan keadaan pemilik nama Dini Azan Schatzmann terbabit ketika musim PKP ini.

Berlakon jadi perempuan cantik

Pelakon Janna Nick kecewa selepas teman lelakinya yang juga pelakon, Dini Schatzmann tampil dengan imej perempuan untuk mempromosikan sejenis produk kecantikan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Janna dalam InstaStory miliknya, Janna turut meluahkan rasa malu atas tindakan Dini tampil dengan berpakaian wanita beserta rambut panjang berwarna merah jambu.

“Malu la macam ini @dinischtzmann!” ujar Janna dalam InstaStory miliknya.

Malah sebelum ini, pelakon itu juga memuat naik satu hantaran meminta diberikan waktu untuknya bertenang selepas berasa tertekan ‘diperdaya’ oleh orang yang disayanginya.

“Frust! Ingatkan kita dah cukup kenal dia. Tapi tidak. Konklusinya jangan mudah percaya walaupun dengan orang yang kita sayang,” tulisnya dalam InstaStory.

Sementara itu, akibat tampil dengan imej perempuan, Dini turut mendapat perhatian apabila dia dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

pelakon Marry Me Senorita itu dikecam selepas segelintir peminat berpendapat tindakannya tampil dengan imej wanita adalah tidak wajar dan keterlaluan.

“Bukan har4m ke lelaki menyerupai wanita walaupun saja-saja?” komen salah seorang pengguna Instagram.

“Kenapa pula nak jadi perempuan? Pelik-pelik lelaki zaman sekarang ini,” kata seorang lagi netizen.

Selain itu, terdapat juga pengguna Instagram berpendapat tindakan Dini berpakaian wanita untuk mempromosikan produk kecantikan itu adalah satu strategi murahan semata-mata.

“Murahan. Lepas itu ramai pula yang suka. Mula-mula orang gelak, sebab itu makin menjadi-jadi. Tak mampu berkata apa-apa,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati video tersebut telah mencatat hampir 200,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengguna Instagram.

Ramai yang ‘kurang senang’

Malah bukan setakat netizen sahaja, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner juga dilihat seakan kurang menyokong tindakan teman lelakinya itu di ruangan komen.

Dalam pada itu, bintang drama Melastik Ke Hatimu berkenaan turut memuat naik beberapa IG Story yang meluahkan rasa kesal terhadap seseorang. Adakah ia ditujukan kepada Dini atau orang lain?

Namun tidak lama selepas itu, dia berkongsi video kekasih hatinya beserta kapsyen “Malulah macam ni”.

Menjengah ke ruangan komen di video Dini, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap penampilan ‘baru’ jejaka berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu.

Dah kenapa nak jadi perempuan?

Bahaya betul PKP lama2 Seram Dini jadi cantik Janganlah macam ni

Bagaimanapun, sebelum ini Janna pernah memberi sokongan terhadap Dini pada salah satu perkongsian video yang memaparkan lelaki berusia 27 tahun berkenaan menggayakan rambut palsu seperti perempuan.

 

 


Apa yang berlaku sebenarnya ni? Adakah ia hanya gimik dan lakonan demi marketing semata-mata atau sebaliknya? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

‘Kami masih bersama’

Pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann menafikan hubungan cinta dengan Janna Nick, sudah berakhir.

Dini berkata, dia dan Janna masih bersama, malah ketika ini, mereka digandingkan dalam drama arahan Micheal Ang.

“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana.”Sudah lebih tiga minggu penggambaran drama ini berlangsung. Ini kali pertama saya digandingkan sebagai teraju utama dengan Janna,” katanya kepada BH Online.

Dini mengaku kurang berkongsi foto bersama Janna di laman sosial.

“Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak.

“Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kecaman.

“Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya,” katanya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada ini juga menafikan menerima tawaran Michael selepas dipengaruhi Janna.

“Saya hadir sesi uji bakat. Karakter dan watak yang saya lakonkan sebagai pemain tenis berdarah campuran bernama Isa Alejandro membuatkan saya jatuh hati.

“Watak dilakonkan berbeza kerana Isa yang berdarah campuran Melayu-Sepanyol sangat berlagak,” katanya yang sering melakonkan watak pemuda baik.

Tambah Dini, biarpun berlakon bersama, dia dan Janna meletakkan paksi profesional di tangga teratas.

Dini yang sudah dua tahun menceburi dunia lakonan cuba membina nama dengan sebaik mungkin.

“Bakat Janna sangat bagus. Janna tidak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Dini mengaku fokusnya lebih kepada mencari rezeki dan mengukuhkan nama sebagai pelakon.

Sumber: Instagram Dini, Instagram Janna Nick

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*