Susah Cari Duit Waktu PKP? Lelaki Ini Rileks Beli Nissan GTR Hanya Jual Perfume

Dalam netizen sibuk “memberontak” dengan isu PKP kerana kebanyakan orang kini tiada sumber pendapatan, Pemenang dan Pemain Terbaik Pertandingan PUBG Mobile Malaysia, Muhammad Imran Rosli, atau lebih mesra dengan panggilan Vokey menjadi tumpuan apabila dikatakan baru sahaja memiliki kereta mewah Nissan GTR.

Difahamkan, ‘Vokey’ mula menyertai sukan e-sport pada usia 18 tahun iaitu selepas menamatkan pengajian matrikulasi dan pada awal penglibatan nya dalam bidang berkenaan, beliau hanya menjana sekitar RM100 hingga RM300.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vokey (@imran_rosli)

Secara tidak langsung, Vokey membuktikan yang sukan esport ini mampu menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan lumayan sehingga mampu untuk memiliki sebuah kereta pujaan setiap remaja di awal usi 21 tahun. Satu kejayaan yang perlu dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Vokey yang sangat bersahaja ketika “stream” ,dapat menambat ramai hati peminat tegar dunia e sport dengan memiliki lebih 1 juta pengikut di Facebook Page dan lebih drp 600k pengikut di Instagram. Popularity beliau menjadi sumber inspirasi kepada ramai belia diluar sana yang mempunyai minat yang sama, menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan khursusnya di waktu pendamik.

Menerusi entri halaman Instagram Sirhafizyusoff:

Vokey ‘Champion’ PMPL S3 MY/SG Grand Finals:

Memetik daripada instagram bernama SirHafizyusoff, Vokey juga dikatakan memiliki beberapa perniagaan sendiri, salah satu nya adalah perfume “Boya Editions”, Baju Melayu (7z Exclusive) dan mungkin ada beberapa lagi yang tidak dimaklumkan. Jadi tidak pelik la, di saat ramai orang sedang berusaha keras utk kelangsungan hidup, Vokey berjaya mengeluarkan “jentera” kegilaan ramai.

Menurut sumber yang sama lagi, Sirhafizyusoff dan Vokey bercadang membuka sebuah platform perniagaan digital bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan tidak mempunyai pekerjaan untuk menjana pendapatan. Cuma belum dimaklumkan lagi cara dan bagaimana program itu akan dijalankan.

Vokey menyarung Baju Melayu (7z Exclusive)

Sirhafiz merupakan seorang Youtuber dan pernah dilihat bekerjasama dengan pemain Esport no 1 Malaysia “Maharaja Soloz”,Team Bosskur dan Shuib Sepahtu. Kebanyakan perniagaan dan jenama yang bekerjasama dengan Sirhafiz berjaya menarik perhatian ramai. Sama-sama kita doakan niat baik dua figure ini menjadi kenyataan.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram Vokey via Rimbarara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*