Dakwaan menerima ‘elaun sara hidup’ daripada abangnya, ini tindakan Diva AA

Dulu dipuji, sekarang dikeji? Itu tanggapan warganet di Twitter terhadap Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA apabila selebriti kontroversi itu yang seolah-olah ‘cakap tak serupa bikin’, lapor Kosmo! Online.

Semuanya bermula apabila selebriti berusia 55 tahun itu didakwa menerima ‘elaun sara hidup’ daripada abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Seorang pengguna Twitter, @techboy_88 menulis, bekas pengacara tersohor itu tidak lagi membuka ruangan membalas ciapan selepas didakwa menerima sejumlah wang tersebut.

“Sejak Azwan Ali kantoi dapat “elaun sara hidup” dari abang dia, terus dia tak bagi followers nak komen kat posts dia. Begitulah roda kehidupan. Minggu lepas kau kat atas. Minggu ni kau kat bawah,” tulisnya.
Menurut laporan Kosmo! Online lagi, ada netizen mendakwa kelantangannya selama ini dalam mengkritik pihak kerajaan termasuk abangnya sendiri adalah bagi mengaburi mata orang ramai.

Sebelum ini, tular sekeping foto transaksi sejumlah wang yang turut terpampang nama ‘Azwan Ali’ sehingga mengundang perdebatan warganet. Namun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan foto tersebut.

Ikut rekod pada 2019 Azwan Ali pernah menyatakn hasrat untuk mahu berbaik dengan Azmin

“Min… Aku banyak buat dosa pada kau, aku minta maaf”

Bercakap kepada mStar secara eksklusif, Azwan berkata, hatinya mula terdetik untuk berbaik semula dengan Azmin, 54, selepas peminat-peminat bertanyakan status hubungannya bersama abangnya itu, menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peminat-peminat ada tanya saya, tak nak berbaik ke dengan Azmin sempena Hari Raya kali ni. Banyak kali juga mereka tanya sampai lah dah raya sekarang.

Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap; Min (Azmin) selama ni aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min,” kata personaliti berusia 53 tahun ini ketika berkongsi hasratnya kepada mStar.

Umum mengetahui sejak sekian lama hubungan adik beradik antara Azwan yang juga lebih dikenali sebagai Diva AA dan Azmin begitu tegang, dengan siri serangan peribadi daripada selebriti penuh kontroversi itu sebelum ini.

Azwan yang berhijrah ke London sejak Februari lalu berkata, kerelaan hatinya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.

“Saya akui sebelum ini begitu keras hati, tapi orang tak tahu apa yang dilalui antara kami adik-beradik kerana ia hal peribadi dan keluarga. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

“Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya,” tambah Azwan.

Azwan berharap permohonan maaf secara terbuka itu disambut baik abangnya itu dan tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak.

Sebab bila saya fikir sampai bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat, tapi adik-beradik kan… ibarat air yang dicincang tak akan putus

“Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.

“Sebab bila saya fikir sampai bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat, tapi adik-beradik kan… ibarat air yang dicincang tak akan putus.

“Hati yang terdetik untuk berbaik-baik ini baru saja hendak bermula, maka berikanlah saya masa. Mohon semua pihak tidak mengecam saya, sebaliknya mendoakan yang baik-baik,” katanya.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bersemuka dan bermaafan dengan Azmin sekiranya diberi peluang, Azwan menjelaskan perkara itu adalah sebaik-baiknya.

Kenangan… ketika kunjungan Azmin (kiri) ke kediaman Azwan pada 2009, turut kelihatan ibu cinta, Allahyarham Che Tom Yahya.

“Saya tahu dia seorang yang begitu sibuk. Sebelum jadi menteri pun sangat sibuk, apatah lagi sekarang. Cukuplah permohonan maaf saya secara terbuka ini dapat dibacanya.

“Tapi, sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia untuk berjumpa dengan saya, sudah tentu saya sedia dengan hati terbuka.

“Bersalam dan bermaafan bersama abang, ibarat satu mimpi yang amat bermakna. Jika berlaku, ia akan menjadi kemaafan dendam yang terindah,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa) , Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*