Pagar Rumah R0boh Kena L4nggar Pemandu M4abuk, Azad Jasmin ‘Meng4muk’ Sampai Amik Kuali

Pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira baru sahaja menduduki rumah baharu mereka yang sudah siap pada 1 Mei lalu.

Baru sahaja sebulan ‘berbahagia’ di rumah baharu, sudah ada yang tidak kena sampaikan Azad Jasmin terkejut dan naik angin apabila melihat tembok pagar rumahnya roboh. Siap bawa periuk lagi nak pergi pukul orang tu

Di Instagram, Eira Syazira memuat naik sebuah video berdurasi 1:23 minit memaparkan situasi terkini di halaman rumahnya.

Kelihatan sebahagian tembok rumah pasangan pelakon ini roboh dipercayai dilang.gar oleh seorang pemandu ma.buk pada malam tadi.

Tulis Eira di ruangan kapsyen, dia juga hairan dari mana datangnya ‘orang ma.buk’ sedangkan negara kita sedang berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

INI BARANG YANG PAK AZAD BAWA JUMPA PEMANDU

Cina ma.buk punya pasal, periuk she pula jadi mangsa. Persoalannya, musim-musim Covid ni pun sempat lagi layan ma.buk ke bro?

Sebaliknya, video ini menjadi hiburan pula apabila Pak Azad ke dapur dan mengambil periuk milik isterinya untuk memukul individu yang melanggar tembok pagar rumahnya itu.

Setelah dihalang oleh isterinya, Pak Azad kemudian bermain badminton dengan anak sulung mereka dengan menggunakan periuk tersebut.

Tindakan Pak Azad itu secara tidak langsung membuatkan Eira Syazira ketawa dan terhibur dengan aksi suaminya yang spontan.

 

Sementara itu, di ruangan komen pula rata-rata netizen juga terhibur dengan aksi yang dilakukan oleh Azad Jasmin pada penghujung video.

Menurut mereka, video ini kelihatan serius pada permulaan tetapi menjadi kelakar dan mencuit hati pada pengakhiran video.

VIDEO:

Azad Hadiahkan Eira Syazira Rumah Impian Siap Dengan Surau Mini Lagi!

Terdahulu Pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’.

Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejutan untuk isteri tercinta.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.

Eira yang dibawa ke ‘rumah impian’nya dalam keadaan mata tertutup tergamam sebaik sahaja tiba di kediaman baru mereka.

“Surprise!!!! Bismillahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita,” katanya sambil memaut erat bahu Eira dan memimpin isterinya masuk ke dalam kediaman baru mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.

Menerusi video berdurasi lebih 40 minit itu Azad turut membawa Eira melakukan ‘house tour’.

“Sebelum ni you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan…I adakan untuk u.

“Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita tarawih sama-sama kat sini ya.

“Impian you untuk ada dapur kering dan dapur basah juga i tunaikan,” katanya kepada Eira.

Difahamkan, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman kediaman tersebut tanpa pengetahuan Eira.

“I tipu saya cakap kawasan sini ada kes Covid-19,” dedahnya kepada Iera yang tertanya-tanya bila Azad melengkapkan keseluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur di ruangan atas.

Momen indah tersebut turut dikongsi Azad di laman sosial peribadi Instagramnya.

“Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini, pada bulan Ramadan yang mulia i hadiahkan rumah ini untuk u. i harap u suka.

“Sekarang ni i nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Azad dan berasakan Eira seorang isteri yang bertuah.

Mereka turut mendoakan agar pasangan ini dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan oleh Allah SWT sehingga ke akhir hayat.

Azad Jasmin Teringin Menikah Lagi, Eira Syazira Izinkan

Pelakon Azad Jasmin mendedahkan isterinya aktres Eira Syazira memberi kebenaran kepadanya untuk bernikah lagi.

Azad berkata dia memberitahu kepada isteri tentang hasrat tersebut dan tidak pernah dihalang Eira, malah memberi sokongan.

“Memang saya teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan dia izinkan.

“Dengan syarat, kena bersanding dengan orang yang sama iaitu dengan dia. Saya pula memang dah lama menyimpan hasrat nak bersanding sekali lagi.

“Jadi saya rasa pada ulang tahun kami yang kesembilan ini dengan memiliki tiga orang anak adalah waktu terbaik untuk realisasikannya,” katanya.

Ezad dan Eira bersanding sekali lagi pada majlis ulangtahun kesembilan perkahwinan mereka pada 16 September lalu.

“Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,” katanya.

Tambah Azad, apa yang dilakukannya itu juga sebagai menghargai Eira.

“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.

“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.

Selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Azad dan Eira dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan Areisya Suri Rose, 2.

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*