Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupa Bapa Selepas Dia Muat Naik Kenangan Anak Pertama

Gemar berkongsi perkembangan anak di media sosial, pelakon Rita Rudaini dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang sangat cekal membesarkan anak seorang diri. Malah, Rita Rudaini dipuji tidak pernah mengajar anak-anak membenci bapa kandung mereka walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang tercetus.

Terbaru, Rita Rudaini menarik perhatian pengikut apabila memuat naik ucapan penuh syahdu sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak sulung, Airit Rayyan Rizqin. Bersama ucapan tersebut, Rita Rudaini memuat naik video kenangan memaparkan Rayyan sewaktu kecil sehinggalah meningkat usia.

Link Video : ridrud727

Cinta pertama kami… Permata pertama kami… Syurga kami… Sampai bila-bila.. Doa mommy, semoga AIRIT RAYYAN RIZQIN menjadi anak yang baik akhlaknya, bertanggungjawab, anak yang soleh yang selalu mendoakan mommy dan daddy di setiap sujudmu…

Selamat Hari Lahir AIRIT RAYYAN RIZQIN

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak dan memuji kecekalan hati Rita Rudaini sebagai ibu. Mereka turut mendoakan agar anak sulung pelakon ini menjadi seorang yang berguna dan berbakti kepada dua ibu bapanya kelak.

Ada segelintir berkongsi rasa sebak melihat kenangan manis Rayyan bersama bapa walaupun tempohnya tidak lama. Apa-apa pun, Happy birthday Rayyan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Beutifulnara

TerdahuluRita Rudaini sentimental dengan anak sulung

Kenapa ‘sebijik’ ‘daddy’ ni? Oklah tak kisah, anak kami jugak,” kata pelakon Rita Rudaini yang mengimbau kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya ke-11, baru-baru ini. “>
AIRIT Rayyan Rizqin. FOTO ihsan IG

“EH? Kenapa ‘sebijik’ ‘daddy’ ni? Oklah tak kisah, anak kami jugak,” kata pelakon Rita Rudaini yang mengimbau kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya ke-11, baru-baru ini.

Rita menerusi Instagram berkata, kelahiran Rayyan memberi nilai sentimental apabila individu yang terdekat dengannya begitu teruja dengan kelahiran pertamanya itu.

“Buah hati pertama. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang peperangan. Semua tunggu dia lahir. Ketika dalam bilik bersalin, tiba-tiba teringin nak makan ‘cheese cake’ (kek keju) dan kopi. Bapanyalah kena turun pergi beli.

“Ketika itu makan memang tak ingat dunia hingga lupa nak beranak. Tengah hari dia nak keluar, tapi tak boleh sebab saya tak pandai. Maklumlah kali pertama melahirkan anak. Tali pusat terbelit sampai kena vakum,” katanya. Menurut Rita, Airit antara insan kuat yang dipilih untuk menjadi keluarga kelak.

“Alhamdulillah, ketika kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat.

“Anak yang banyak tengok susah senang ‘mommy’, air mata ‘mommy’, belajar dari kesusahan ‘mommy’ dan membesar dengan 1,001 kisah kami.

“Tak sangka anak ini ‘dipilih’ untuk menjadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin, moga akhlakmu seindah syurga. Apabila besar nanti lindungi ‘mommy’ dan adik,” katanya.

Seorang lagi anak Rita hasil perkahwinan dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak iaitu Airit Qaqa Arjuana, 9.

AIRIT Rayyan Rizqin (kiri) bersama Airit Qaqa Arjuana. FOTO ihsan IG

Sumber : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*