Dakwaan Muhyddin Letak Jawatan, Ini Penjelasan Dari Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Mesyuarat Kabinet tergempar dan mengemukakan keputusan meletak jawatan, seperti yang tular di media sosial.

Jurucakap PMO menegaskan kenyataan yang tular di platform media sosial itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Kenyataan media palsu yang tular itu mendakwa perdana menteri mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Kenyataan yang tidak sahih itu turut mendakwa kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan perdana menteri dan sehubungan itu meminta Muhyiddin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang perdana menteri baharu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan media Muhyiddin letak jawatan adalah palsu – PMO

Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri berkata, kenyataan itu dianggap palsu jika ia tidak dimuat naik ke akaun Facebook.

“Macam amalan biasa, semua kenyataan dikeluarkan di FB, jika tiada, boleh anggap palsu. And yes (dan iya), itu fake (palsu),” katanya kepada media.Kenyataan media yang menggunakan jata negara itu tersebar di media sosial hari ini.

Di sosial media kini tular kenyataan media palsu yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Mesyuarat Kabinet tergemar dan kemuka keputusan letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kabinet terbubar jika Muhyiddin letak jawatan – Kit Siang

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh menjadi Perdana Menteri sementara sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Kabinet terbubar sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan.

“Justeru amat mengejutkan apabila ada pemimpin UMNO berkata Ismail Sabri yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh menjadi Perdana Menteri sementara jika Muhyiddin meletakkan jawatan dengan mengambil kira peranan pentingnya dalam perang melawan pandemik Covid-19.

“Namun apa yang lebih mengejutkan, kenyataan itu dibuat tanpa mempedulikan fakta Perlembagaan bahawa Kabinet akan terbubar selepas Perdana Menteri meletak jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Ismail Sabri boleh dilantik Perdana Menteri sementara jika Muhyiddin letak jawatan bagi memastikan kerajaan hari ini tidak goyang.

Dalam pada itu, Kit Siang menambah, kerajaan Muhyiddin kini dilihat goyah tetapi masih tidak tumbang setakat semalam ekoran keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Pemimpin tertinggi UMNO berkata penarikan sokongan oleh UMNO itu menyasarkan Muhyiddin bukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhan meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan media menyenaraikan tujuh kegagalan terbesar kerajaan Muhyiddin yang menjadi sebagai asas kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia memerlukan sebuah strategi dan pendekatan baharu melibatkan keseluruhan kerajaan serta keseluruhan masyarakat jika mahu menang dalam perang melawan pandemik Covid-19 yang mengancam bukan sahaja kehidupan rakyat malah kestabilan ekonomi negara.

“Bahtera Malaysia mula bocor dan semua rakyat Malaysia harus bekerja keras untuk memperbaiki kebocoran ini bagi mengelakkan bahtera ini daripada terus karam ke lautan dalam,” katanya.

Sumber:HMetro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*