“Saya masih terkenang tangisan Benjy” – Zed Zaidi dedah apa yg berlaku ketika kali terakhir melawat Benjy

KUALA LUMPUR: Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit Asma.

Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.
“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup d4dah jenis sy4bu.

Persatuan seniman sempat beberapa kali melawat benjjy ketika di penjara

Pada 2019 Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) tetap meneruskan niat membantu menampung kos perubatan Benjy yang kini dipenjarakan di Medan, Indonesia, walau mendapat reaksi kurang senang segelintir pihak.

Menurut Presidennya, Zed Zaidi, mereka menerima mesej dan surat bantahan sebaik sahaja persatuan terbabit mengumumkan penganjuran Larian Amal SENIMAN Run 2.0 serta melancarkan Tabung Prihatin Seniman, Disember lalu.

“Masih ramai yang skeptikal sebaik sahaja SENIMAN merancang mengadakan projek amal ini, sedangkan hakikatnya hasil sumbangan dan yuran penyertaan turut disalurkan kepada ahli yang memerlukan.

“Kerap diserang asma”

“Kita mahu menolong Benjy kerana kesihatannya kini berada pada tahap membimbangkan apabila kerap diserang asma dan nyaris mendapat penyakit batuk kering.

“Dalam keadaan itu, nilai kemanusiaan mendahului segala-galanya, tambahan pula adik-beradiknya kini menjaga bapa mereka yang diserang angin ahmar.

“Benjy sudah berdepan hukuman penjara di atas kesilapan dilakukan, namun sebagai insan, kita wajar memberikan sokongan moral dan bantuan untuk mengubati sakitnya,” katanya kepada BH Online.

Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 40, menjalani hukuman penjara 11 tahun tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, akibat kesalahan dadah pada Oktober 2017.

Pelakon itu ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara, enam bulan sebelum tarikh jatuh hukum.

Selepas mendengar aduan rakan terdekat mengenai kesihatan Benjy, Zed ditemani Setiausaha Agung persatuan itu, Hafiz Nafiah, melawat pelakon terbabit, Disember lalu.

“Dalam kunjungan selepas hampir dua tahun Benjy di sana, kami sempat membawanya ke klinik di dalam kompleks berkenaan apabila mendapati dia batuk berterusan.

“Cuma, dia tetap memerlukan perubatan dan rawatan berkala untuk membolehkan kesihatannya kembali pulih,” katanya lagi.

Menurut Zed, dia masih terkenang tangisan Benjy sepanjang perbualan mereka dan kekesalan melakukan kesalahan itu, semata-mata akibat desakan hidup.

Sementara itu, Larian Amal SENIMAN Run 2.0 yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pada 16 Februari ini meraih sambutan kira-kira 3,000 peserta.

Kata Zed, sebahagian daripada yuran penyertaan disalurkan ke Tabung Prihatin SENIMAN, malah orang ramai juga boleh memberikan sumbangan secara terus tanpa menyertai acara itu.

“Kita akan tengok nanti keadaan Benjy, namun bantuan kewangan akan tetap disalurkan kepadanya bagi membolehkan dia menjalani rawatan dan mendapatkan ubat-ubatan,” ulasnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*