Tak dapat layanan VVIP, sambil menangis ini yg Nia Ramadhani cakap

SUSULAN siasatan ke atas bintang Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie berhubung dakwaan mengambil d4dah jenis sy4bu sejak lima bulan lalu, Ketua Polis Metro

Jakarta Pusat, Hengki Haryadi berkata tiada unsur pilih kasih dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Perlu dijelaskan bahawa tidak wujud diskriminasi terhadap sesiapa… tunggu siasatan selesai,” katanya.

Hengki menepis isu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat apabila pasangan suami isteri itu menerima layanan istimewa.

Salah satu yang menjadi pertikaian adalah ketidakhadiran mereka selaku suspek ketika pertama kali kes ini umumkan kepada umum.

Nia Ramadhani bersama suami dan anak-anak mereka.

Sementara itu menerusi sidang media, Nia, 31, dan suaminya Ardi tampil memohon maaf dan akui menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya berhubung isu penyalahgunaan d4dah.

“Dengan kerendahan hati saya memohon maaf perbuatan ini kepada semua pihak khususnya keluarga, sahabat yang sudah menaruh kepercayaan kepada saya.

“Saya Nia Ramadhani Bakrie mengaku bahawa apa yang saya lakukan tidak sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang awam.

“Saya seharusnya memberikan contoh yang baik untuk anak dan orang-orang di sekeliling saya,” ujar Nia sambil menangis di hadapan media.

Terdahulu Nia yang popular dengan watak Bawang Merah dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih ditahan bersama pemandu peribadinya pada 7 Julai lalu dengan sy4bu seberat 0.78 gram turut ditemui.

Suaminya, Ardiansyah Bakrie turut menyerah diri sejurus Nia dit4han polis dan mengakui sudah lama menghisap sy4bu secara har4m di kediaman mereka.

Mereka didakwa mel4nggar Pasal 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 bahagian Nark0tik, dengan hukuman maksimum empat tahun penj4ra.

Di media sosial, netizen memuat naik semula beberapa foto dan video Nia Ramadhani yang kelihatan berwajah cengkung serta pucat. Fizikalnya semakin kurus seperti orang tidak sihat.

Disebabkan tek4nan kerja

Menurut laporan CNN Indonesia, pasangan suami isteri ini telah mengaku mengambil dadah sejak lima bulan lalu. Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers iaitu Yusri Yunus memaklumkan hasil serbuan pihak berkuasa tempatan telah menemui dadah jenis syabu seberat 0.78 gram di kediaman Nia Ramadhani.

Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan termasuk pemandu peribadinya. Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong). Nia mengakui mengambil barang itu kerana tekanan kerja yang banyak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah berjaya menahan pemandu peribadi Nia Ramadhani dan menemui sejumlah dadah jenis syabu di dalam kenderaan tersebut dengan anggaran harga kira-kira 1.5 juta Rupiah (RM431.82).

Cengkung wajah Nia

Dalam pada itu, netizen turut membongkar semula beberapa video dan foto keadaan terkini Nia Ramadhani yang kelihatan pucat dan cengkung sebelum ditahan pihak polis tempoh hari.

Penampilan Nia di majlis anugerah

Lebih mencuri perhatian umum apabila menyaksikan penampilan Nia Ramadhani di sebuah majlis anugerah yang telah berlangsung tempoh hari. Dalam majlis tersebut, Nia Ramadhani yang ditugaskan sebagai penyampai anugerah bergandingan bersama Raffi Ahmad itu kelihatan dia hilang fokus dan percakapannya juga kurang jelas kedengaran.

Sumber: CNN Indonesia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*