Ini bingkisan ter4khir Benjy dari dalam penj4ra Medan yang penuh sy4hdu

Kuala Lumpur: Menyentuh emosi dan meru.ntun hati. Itulah gambaran bingkisan terakhir pelakon, Allahyarham Benjy, 43, yang ditulisnya mengenai situasi dirinya sewaktu dipenj4ra di Medan, Indonesia.

Menurutnya, dia paling rindukan kata-kata semangat daripada arwah ibunya, Allyarhamah Azean Irdawaty.

“Dahulu saya cukup berani menghadapi setiap cabaran kehidupan, saya mampu mengatasi segalanya. Kata-katanya seperti “segalanya akan berlalu” atau “lepaskan dan biarkan Tuhan” atau “solat Ben… Dia mendengar kamu…” akan selalu membantu saya untuk terus berjuang memahami erti sebuah kehidupan.

“Namun, kini suaranya tidak lagi kedengaran di telinga dan tanpa kehadirannya di sisi. Walaupun saya sudah cuba lakukan yang terbaik dan pertaruhkan segalanya untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru ini, saya dapat rasanya sebahagian diri ini m4ti seiring dengan masa berlalu,” katanya dalam bingkisan itu yang disiarkan portal Getaran.my.

Benjy ternyata dicengkam rasa sunyi yang mendalam. Dia tidak pernah meminta takdir hidupnya begitu untuk meringkuk di dalam penj4ra.

“Saya dihantar ke sini selepas beberapa minggu dij4tuhkan hukuman oleh mahkamah tempatan, di mana saya menerima hukum4n penj4ra 11 tahun dan tiga bulan kerana memiliki sy4bu (meth) seberat 4.5 gram ketika memasuki Kuala Namu menerusi penerbangan dari KL (Kuala Lumpur).

“Saya akui, ia bukanlah satu pilihan hidup yang terbaik, tetapi yang pasti, saya impikan untuk memiliki sebuah mesin masa. Di sini saya kesunyian, bukan kerana tidak mempunyai kawan, tetapi kerana tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris,” katanya.

Setiap hari menunggu pembebasan, jelas menekan jiwa Benjy. Dia mengakui rindu kenangan bersama keluarga, serta air tangan masakan mereka.

“Nasi ulam arwah mama (dibuat daripada lebih 21 jenis ulam-ulaman yang berbeza..) dan sayur keladi, puding roti ayah (tak tahu macam mana ayah sediakan sebab dia tidak pernah suka orang lain berada di dapur ketika dia sibuk memasak).

“Ayam panggang madu adik saya Elza (setiap kali dia punya masa untuk sediakan makan malam), minuman kesihatan adik perempuan saya Ines (dia memasak sama seperti anak-anak mama yang lain, termasuklah saya, tetapi sejak 10 tahun kebelakangan ini dia menjadi pakar pemakanan keluarga kami).

“Dan tidak ketinggalan ialah hidangan ketam batu segar yang dimasak dalam sos mentega enak anak saya, pidod dan fie, my other half (dia mahupun pidod tidak selalu memasak) adalah beberapa kenangan yang sering menerpa fikiran ini saban hari, setiap kali saya memandang keluar dari jeriji besi ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga terpaksa berlapar akibat kekurangan makanan tersedia di penjara dia ditempatkan.

“Mengapa makanan? Kerana saya makan ketika berasa tertek4n. Mengapa saya tertek4n? Selain perkara yang sudah jelas, saya mempunyai 10 tahun lagi untuk menunggu hari pembebasan.

“Makanan tidak mencukupi di sini kerana populasinya berlebihan, itulah yang diberitahu. Jadi, kebiasaannya saya sering berl4par. Di manakah lokasi ini? Inilah tingkat 3, blok C, sebuah penj4ra di Indonesia yang tidak akan saya dedahkan atas faktor keselamatan,” tulisnya.

Allahyarham Benjy selamat dikebu.mikan di Medan

JENAZAH Allahyarham Benjy selamat dikebumikan di Tanah Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan, Indonesia, kira-kira pukul 12.34 tengahari waktu Malaysia pada Isnin.

Adik bongsu Allahyarham iaitu Inessa Irdayanty memberitahu dia dan keluarganya dapat menyaksikan proses pengebumian arwah menerusi panggilan video di aplikasi WhatsApp.

Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar, Inessa turut berterima kasih kepada Penjara Tanjung Gusta Medan yang menampung kos pengebumian dan semua bantuan melibatkan arwah.

Benjy 3Pihak penjara menampung kos pengebumian Allahyarham Benjy.

“Alhamdulillah, jenazah Ben telah selesai dikebumikan lebih kurang pukul 12.45 tengahari waktu Malaysia. Kami dapat menyaksikan pengebumian sebagai keluarga melalui panggilan video di Whatsapp daripada penjara.

“Pihak penjara juga memaklumkan kepada kami bahawa mereka menanggung kos pengebumian tersebut.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta Medan atas setiap bantuan dan urusan berkenaan Benjy, ” kata Inessa.

Berita Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma pada Ahad di Hospital Besar Royal Prima, Medan, Indonesia mengejutkan dunia hiburan tanah air.

Kami dapat menyaksikan pengebumian sebagai keluarga melalui panggilan video di Whatsapp daripada penjara.

Arwah menghidap penyakit asma yang kronik sejak beberapa tahun lalu selain turut mengalami masalah berkaitan paru-paru dan sering mendapatkan rawatan di hospital sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Inessa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berbesar hati ingin menderma bagi membantu kos bayaran pengebumian Allahyarham.

Menurut Inessa, sesiapa yang berhasrat menghulurkan derma boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya kepada pertubuhan amal pilihan atas nama arwah Benjy.

“Terima kasih kepada semua orang yang menawarkan untuk menderma bagi membantu kos bayaran pengebumian.

Benjy 2Foto kenangan Benjy bersama ibunya, Azean Irdawaty.

“Jika anda masih berhasrat untuk derma, saya harap anda derma di pertubuhan amal pilihan anda atas nama Ben dan juga sedekahkan Al-Fatihah.

“Kami nak berterima kasih lagi sekali kepada setiap pihak, individu, organisasi dan netizen atas doa serta ucapan takziah yang dikirimkan, ” ujarnya.

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.

Anak sulung kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Benjy yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma.

Pada 2017 lalu, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu. Difahamkan juga, segala urusan pengebumian jenazah Benjy dilakukan di Medan, hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*