Ebit Lew kongsikan berita sedih. Ebit Lew kongsikan bapa baru pergi menghadap illahi.

Minggu lalu, pendakwah bebas Ebit Lew berkongsi perkembangan di mana beliau telah melawat bapanya yang sedang tenat di hospital setelah pulang dari misi kemanusiaan di Gza.

Namun pada hari ini, warganet dikejutkan dengan berita pemergian bapa pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew terbabit. Perkhabaran duka itu dikongsi sendiri oleh pendakwah berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, petang ini.

Pohon doa buat bapa. “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja pergi menghadap illahi. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak,” coretnya sayu.

Difahamkan lagi, bapanya Ibrahim Lew kini berada di Gleneagles Hospital dan bakal dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Seterusnya, akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk diuruskan di sana.

Dalam pada itu, pemilik perusahaan Elewsmart itu turut meminta doa daripada orang ramai dan memohon agar menghadiahkan al-Fatihah buat bapa tercinta. Terdahulu, Ebit berkongsi bahawa keadaan bapanya sudah semakin tenat kerana sel telah merebak ke seluruh badan.

Lebih mengharukan lagi ketika bapanya masih sedar, bapa sempat menitip pesan sewaktu beliau di luar negara agar meneruskan misi kemanusiaan dengan membantu orang lain sampai bila-bila. Allahuakbar, ramai yang bersedih dengan perkhabaran ini. Terima kasih bapa Ustaz Ebit Lew kerana telah membesarkan & mendidik seorang insan hebat. Salam takziah. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tengah menanti hari. Sebaknya bila tengok Ustaz Ebit Lew lengkap dengan Ppe ziarah ayah yang tengah tenat.

UMUM mengetahui bapa kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sedang dirawat di hospital kerana kesihatannya semakin merosot sejak bulan lalu. Malah Ebit kerap kali membuat hantaran di laman sosial berkongsi situasi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew..

Dalam perkongsian terbaharunya, Ebit yang sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gz bergegas menziarahi bapanya yang tenat, siap dengan mengenakan sut kelengkapan pelindung diri (PPE).

Dalam perkongsian tersebut juga, Ebit memaklumkan bahawa bapa kesayangannya yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap sakit perut tahap empat. “Doktor kata sakit perut last stage. Menanti hari. knsr dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

“Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif. Terima kasih KKM, ” tulisnya. Dalam nada berbaur sebak, Ebit meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat bersama-sama di samping bapanya ketika ini kerana masih berada dalam tempoh kuarantin.

“Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye, “tulisnya. Jelas sedang bersedih, Ebit dalam masa yang sama turut memohon agar rakyat Malaysia mendoakan bapanya.

“Pohon doakan buat ayah saya ye. “Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. “Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya.

Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah, ” tulisnya lagi. Sementara itu ruangan komen pada perkongsian Ebit di Instagram dibanjiri dengan doa dan kata-kata semangat warganet agar pendakwah tersebut tabah menghadapi ujian.

“Bertabah dan kuat kan semangat ustaz. “Allahuakhbar. Besar ujian ustaz. Moga Allah permudahkan urusan ustaz. “Semoga yang baik-baik buat keluarga ustaz, semoga ayah ustaz diberikan kesembuhan, ” demikian antara komen warganet.

https://www.instagram.com/p/CQ9uzOllNc8/

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ustaz Ebit Lew baru je balik di Malaysia terus gerakkan misi bantuan makanan. Memang bagus betul.

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh Malaysia. Kerja-kerja sukarelawan dan bantuan kemanusian yang digerakkannya cukup masyhur di seluruh tanah air.

Kadang-kadang, apabila timbul sahaja isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan yang tidak bernasib baik, beliau adalah antara individu terawal yang muncul menghulurkan bantuan. Malah, baru-baru ini, beliau bersama pasukannya terbang ke bumi Gaza untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan disana.

Baru sahaja pulang dan tiba di Malaysia semalam, beliau khabarnya terus menggerakkan misi bantuan makanan untuk seluruh Malaysia pula. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri di laman facebooknya sebentar tadi.

Ikuti perkongsian beliau dibawah. Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sediih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangiis baca berita-berita di Malaysia orang membahayakan diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.

Lokasi & No Telefon

Kota Kinabalu,Sabah 01121820646 Seberang Perai Utara,Penang 0184636181 Semporna,Sabah 0115902312 Bintulu,Sarawak 0164035460 Senawang,Negeri Sembilan 0173164974 Bandar Kuantan,Pahang 01161096263 Kudat,Sabah 0169771243 Pasir Mas,Kelantan 0179478716 Sungai Petani,Kedah 01127226330 Ipoh,Perak 01151523766 Kunak,Sabah 0166033149 Pasir Gudang JB 0107068364 Kuala Terengganu 01120507611 Kuala Lumpur,Selangor 0176296906

Semoga usaha Ustaz Ebit dipermudahkan dan lebih ramai individu-individu yang sedang dalam kesus4han ketika ini menerima bantuan yang sewajarnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Siakap keli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat Naik Gambar Dengan Anak Perempuan. Terkejut Sekali Ini Yang Terjadi Pada Fb Ustaz Ebit Lew Lepas Dia Muat Naik Gambar Tu.

Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew. F.igura ini dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama. Umum mengetahui, pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew sering membuat kejutan demi kejutan dalam membantu orang-orang yang kesusahan. Di mana sahaja ada msibah, pasti di situ jsadnya berada.

Dari keluarga miskin, banjir, petugas barisan hadapan, golongan istimewa, penghantar makanan sampailah ke balai polis, semua beliau pergi. Pantang ada orang s.usah, InsyaAllah takkan lari daripada senarai menunggunya. Hari ini tular, esok lusa bantuan sampai. Tidak kira di mana, ceruk kampung, rumah flat tengah bandar, dalam hospital sampailah kampung air di Sabah, pasti kakinya akan jejak tempat tersebut.

Kecekapan pasukan NGO nya, Persatuan Kasih Umat Malaysia tak perlu diceritakan lagi. Malah siap berpeluang bekerjasama dengan agensi-agensi bera.utoriti untuk menjalankan misi. Walaupun aktif menjalankan seminar Keluarga Sunnah, ceramah agama, buka butik Elews Design, buka restoran Paramount Coffee House, buka kedai runcit Elews Mart, beliau tak pernah menunjuk nunjuk.

Apa yang dikongsi, hanyalah semata-mata perkongsian sebagai inspirasi dari hati. Malah apa yang disulamkan dalam setiap bait kata-kata hanyalah tentang p.edoman dan nasihat. Kalau perhati cara beliau bercakap, gaya bahasa tubuhnya, nada suaranya, semuanya diekspresikan dengan penuh rendah hati.

Walaupun sibuk menghantar bantuan di sana-sini, Ustaz Ebit tak pernah lupa isteri di rumah.
Bertahun-tahun menyulam cinta, masih lagi kekal memanggil isteri sebagai bidadari. Anak-anak pula dididik dengan acuan agama.

Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni safiyyah lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah. Doakan ye anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah.

Anak sulung ayah. Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku. Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu. Jadilah anak yang menjaga solat dan menjaga agama. Sayangi dan memuliakan umi yang melahirkan dan menyayangimu. Teruskan kerja memberi manfaat untuk ummah sehingga hari kita bertemu dengannya. Apa yang menarik perhatian ialah komen komen yang diberikan warganet masing masing terus memanggil uztaz ebit lew dengan panggilan ayah.

Reaksi Orang Ramai

Nampak muka penat sngt tu abi, banyakkan istirehat. Nti kita sama2 berdakwah bila pkp dh reda. Semoga ayah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.. insyallah slpas selesai smua sy ziarah ayah.. ayah jaga diri baik2 ye. Assalamualaikum baba.. Semoga baba sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT.. Maaf tak dapat balik beraya bersama.. Baba teruskan dengan kerja kebajikan baba yer.. Biar anaknda yang uruskan pasaraya baba.. Maghrib dulu yer baba.. Assalamualaikum. Semoga ayah sihat selalu dlm perjuangan. Sy dan ayah bnyk persamaan. Ayah kena jaga diri ayah.Nanti Ada jodoh kita jumpa Harap sangat dapat jumpa dengan Ayah.

Saya just scroll komen cari suami ja nie. Takut dia pun salah ayah.. Saya xnk dia tersasar ja… Selamat hari raya ustaz.

ArtikelByOM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Difahamkan Ustaz Ebit Lew Mahu Sewa Gudang Untuk Penempatan Haiwan. Sekali Ini Respon Penduduk Kubang Jelai

Difahamkan baru baru ini penduduk Kampung Kubang Jelai di sini membantah tindakan memindahkan anjing dan kucing dari pusat pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar ke sebuah gudang persendirian di kampung tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kubang Jelai, Md Daud Rusdi Hassan, seramai 700 penduduk di kampung itu tidak mahu haiwan itu dipindahkan di kampung mereka kerana boleh menyebabkan bunyi bising daripada salakan anjing dan pencemaran bau.

Katanya lagi , majoriti penduduk di kampung tersebut adalah beragama Islam dan pemindahan ke lokasi di sebuah gudang dianggap sangat tidak sesuai.“Kami mendapat tahu bahawa Ustaz Ebit Lew akan menyewa sebuah gudang di kampung ini menerusi akaun Facebooknya pada Khamis. Kami agak terasa hati sebab sini penduduk majoriti Islam.

“Gudang itu adalah hak persendirian salah seorang penduduk kampung ini tapi kehadiran anjing akan mengganggu penduduk dengan bunyi salakan anjing serta bau yang tidak menyenangkan,” jelasnya kepada pemberita

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai di sini.

Sementara itu, Md Daud berkata, pihaknya berusaha menghubungi Ebit Lew, namun gagal.Menurutnya, laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang pada Jumaat berhubung perkara tersebut.“Penduduk bimbang sisa buangan najis haiwan ini disalirkan ke sungai (tali air MADA) berhampiran kerana ia menjadi sumber air hampir 100 hektar sawah di kawasan itu,” katanya.

Md Daud (kanan) menyerahkan memorandum bantahan penduduk Kampung Jelai kepada Dr Hayati di PKWR DUN Tokai pada Sabtu.
Sehubungan itu, katanya, penduduk kampung akan membuat demonstrasi secara aman pada Ahad bagi membantah perkara berkenaan.

Sementara itu, Dr Hayati yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri untuk meminta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memberikan masa kepada kerajaan negeri mencari tempat baharu.

Menurutnya, sudah ada beberapa cadangan tempat lain yang jauh dari penempatan ramai untuk dijadikan pusat pengurusan anjing dan kucing tersebut, namun lokasi masih dirahsiakan.“Dalam mesyuarat lepas, tidak ada pegawai daerah yang sanggup menerima penempatan haiwan ini. Tapi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri minggu depan, kita harap ada solusi terbaik untuk cari tempat yang sesuai dan tidak mengganggu persekitaran masyarakat,” katanya

Difahamkan selepas pemergian Mak Intan atau Halijah Idris pada awal Febuari lalu, kini ratusan kucing dan anjing peliharaannya pula bakal kehilngan tempat berlindung.Ini apabila tanah yang menjadi tempat haiw.an itu berteduh akan diambil semula oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh seminggu lagi iaitu pada 21 Februari bagi tujuan pembangunan.

Tampil menghulurkan b.antuan, pendakwah dermawan, Ebit Lew yang mendapat tahu kesukaran yang dihadapi oleh waris Mak Intan untuk mencari tempat perlindungan baru bagi haiw.an terb.iar itu.Pada hantaran di Facebooknya, Ebit berkata dia berhasrat untuk menyewa gudang atau membeli tanah untuk menempatkan kesemua haiwan malang tersebut.

“Doakan ya. Ada seminggu lagi 300 ekor anjing dan 130 kucing tiada tempat tinggal tetap lagi. Saya nak taja gudang atau belikan tanah untuk semua anjing dan kucing ini. Saya tengah cari gudang atau tanah kawasan Alor Setar, Kedah.“Kasihan saja tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing. Mak Intan baru saja hembuskan nafas minggu lepas kerana kanser. 30 tahun kutip anjing dan kucing s4kit. Ubati, beri makan, dan tempat tinggal. Ramai yang hantar pada mereka,” katanya.

Ebit hari ini dilaporkan berkunjung ke tempat perlindugan haiw.an terbi.ar yang diusahakan oleh Allahyarham Mak Intan.Menurut Ebit, selepas pemer.gian Mak Intan, haiwan peliharaannya itu kini berada bawah tanggungjawab anak-anaknya.

Kata Ebit, pihak berkuasa tempatan ada menyediakan kawasan untuk disewa dengan syarat tertentu.“Tadi berbincang dengan keluarga Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak taja tempat bagi semua anjing dan kucing ini

“Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar,” katanya.Mak Intan yang merupakan pemilik pusat jagaan ratusan kucing dan anjing, Pak Mie Shelter menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah pada 10 Februari lalu.

Allahyarhamah Halijah, 73 atau lebih dikenali sebagai Mak Intan dilaporkan pergi buat selamanya akibat menghidap sakit ovari.Media sebelum ini melaporkan, Mak Intan yang menguruskan pusat perlindungan hai.wan terbia.r itu dan sanggup menghabiskan masa 24 jam semata-mata untuk menjaga sekurang-kurangnya 700 kucing dan anjing jalanan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*