Long Tiger diberk4s lagi, ini kes4lahan yang dia dah buat

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Rohingya bergelar Long Tiger ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, itu ditahan di sekitar Muar pada pukul 9.45 malam.

“Penahanan suspek dibuat berhubung satu kejadian individu berkenaan mengurung seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang merupakan bekas pekerjanya.

“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol.

“Punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.

Terdahulu nama Long Tiger menjadi bualan warganet  ini kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontr0versi termasuk memfitn4h pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Untuk pengetahuan, Long Tiger sebelum ini telah merekodkan pelbagai rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol, namun telah selesai menjalani hukuman.

Sikapnya yang lantang dan ‘mempertahankan’ nasib orang Melayu membuatkan beliau popular di Facebook di samping kontroversi yang dibuat sehinggakan mendapatkan nasihat daripada Yusuf Azmi.

Yusuf Azmi Buka Mulut, Nasihat ‘Long Tiger’ Jangan Suka Berper4ng Sana Sini

Aktivis kemasyarakatan, Yusuf Azmi yang sebelum ini terkenal membantu mereka yang berhadapan masalah ceti haram dan hutang ah long akhirnya membuka mulut mengenai sesetengah individu yang menggunakan Facebook untuk tujuan berkelahi.

Dalam satu hantaran yang dibuat pada semalam, Yusuf dilihat menasihatkan indiividu yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ – yang difahamkan menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi live beliau di Facebook sebelum ini.

“Assalamualaikum kepada Long Tiger, saya harap awak mempunyai nama yang sebenar. Nama yang diberikan oleh ibu dan ayah dengan doa. […]

“Saya cuma nak nasihatkan apa sahaja awak lakukan jangan terlalu mencabar orang sana sini.

“Gunakkan kebijaksanaan fikiran kita dalam segala urusan, tidak perlu bertelingkah sesama islam,” tulis Yusuf di Facebook miliknya.

Individu yang dikenali sebagai Long Tiger itu dikatakan sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Susulan daripada itu, Yusuf yang sebelum ini memang terkenal dengan bilangan pengikut yang besar di media sosial menasihatkan Long Tiger agar menggunakan media sosial dengan lebih bermanfaat.

Tambah beliau, media sosial sepatutnya digunakan sebagai platform untuk memberikan input yang baik serta menunjukkan akhlak Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan muslim dan bukannya dijadikan tempat untuk mencabar antara satu sama lain.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*