Tular gambar Ustaz Don lakukan sembah hormat terhadap Dr Zulkifli. Sekali ini penjelasan Menteri Agama.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah terlibat dalam rancangan siaran langsung bersama Ustaz Don dan beberapa artis lain yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat haji.

primary); font-family: var(–global–font-secondary); font-size: var(–global–font-size-base);”>Ia merupakan program yang bagus sebab beri macam-macam info tentang haji di musim pandemik ni, namun tup-tup di media sosial viral pula gambar yang memperlihatkan aksi Ustaz Don dilihat seperti melakukan ‘sembah hormat’ kepada Dr Zulkifli yang dirakam lensa kamera.

E6Tn 3Vvkaignsr
“Kenapa dia macam sembah?”  Foto tersebut kemudian viral di Twitter dan telah menjadi perbualan hangat netizen di mana kebanyakannya bertanya apakah rasional di sebalik perlakuan Ustaz Don tersebut. Namun ada juga yang mengatakan Ustaz Don berbuat demikian kerana dia tidak boleh salam Dr Zulkifli dan perlakuan itu dibuat untuk menunjukkan tanda hormatnya kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.“Ia cuma gambar kandid diambil jurugambar”

 

 

Susulan menerima beberapa komen negatif berkenaan gambar tersebut, pihak admin page Dr Zulkifli kemudian menjelaskan bahawa gambar tersebut tidak memberi apa-apa makna dan ia cuma gambar kandid yang diambil jurugambar ketika rancangan itu berlangsung. Walau bagaimanapun, pihak Menteri Agama telah membuat permohonan maaf kepada Ustaz Don Daniyal berkenaan isu gambar tersebut sebab ia telah memberi impak negatif kepada pendakwah terbabit. Harapnya isu ini tidak diperbesarkan susulan penjelasan yang diberikan oleh menteri agama.

Ramai yang terkejut bila isteri Menteri Kesihatan jadi ketua pengarah pendidikan yang baru. Rupanya ini yang terjadi.

PUTRAJAYA: Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid hari ini sah dilantik memegang jawatan tersebut, sehari selepas media melaporkan penafian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelantikan itu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, KPM berkata, pelantikan Nor Zamani, 59, telah berkuatkuasa sejak 22 Jun lepas. Menurut kenyataan itu lagi, Nor Zamani merupakan Ketua Pengarah Pendidikan ke-18 dan wanita ketiga menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Asiah Abu Samah (1993 – 1996) dan Datuk Habibah Abdul Rahim (Januari 2020 – April 2021).

“Beliau (Nor Zamani) telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM.

“Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, KPM berkata, Nor Zamani berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya. “KPM yakin Datin Seri Hajah Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara,” menurut Kementerian lagi.

Baru-baru ini tular sebuah poster yang didakwa dihasilkan oleh staf KPM mengucapkan tahniah kepada Nor Zamani yang juga isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, atas pelantikan itu.

Bagaimanapun Khamis (1 Julai, 2021), portal The Vibes melaporkan pegawai Unit Komunikasi Korporat KPM sebagai berkata, poster itu adalah plsu, dan jawatan tersebut hanya dipangku oleh Nor Zamani. Sebelum ini Nor Zamani dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Polisi dan Kurikulum) pada 9 November, 2020.

Kredit : Astro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*