Ramai tak sabar ‘tonton’ pendedahan Caprice, Sekali aktivis kemanusiaan tampil bersuara

PETALING JAYA – Ramai yang teruja serta tidak sabar menanti apakah ‘pendedahan’ yang bakal dilakukan penyanyi rap dan usahawan yang dikenali sebagai Caprice pada 21 Julai ini.

Difahamkan, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli akan membuat pendedahan itu menerusi siaran langsung di laman Instagramnya pada pukul 5 petang waktu Gaza, Palestin atau 10 malam waktu Malaysia.

Tinjauan Kosmo! di laman Instagram penyanyi itu mendapati, rata-rata pengguna mahu Caprice mendedahkan ‘perkara’ sebenar yang telah berlaku di Gaza sehingga mencetuskan kontr0versi antara dia dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Pada masa sama, pengguna Instagram mahu dia membongkarkan semua yang telah berlaku di sana jika penyanyi itu di pihak yang benar.

“Sungguh aku sanggup mendengar sesuatu yang benar lagi jujur daripada penipuan yang berpanjangan, biar Allah melaknat mereka yang tidak jujur sebagai pemimpin,” tulis aziz.osman93 di ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai muhammadfakrulrazi.

“Tolong kongsi kebenarannya, apapun yang terjadi kami di belakang anda Caprice. Lebih baik dipihak yang membuktikan kebenaran yang dipandang hina, daripada berselindung disebalik kehinaan yang dianggap mulia,” katanya.

Pada masa sama, ada juga yang menyoal tindakan penyanyi itu yang tidak mendedahkan terus perkara itu dan kenapa perlu menunggu sehingga Rabu ini.

“Nak dedah tu dedahlah sekarang, ni siap bagi tarikh dan masa. Tak ke risau pihak lawan akan ‘block’ live dan lakukan sesuatu untuk mengagalkan ‘rancangan’ itu. Nanti tak sempat nak bongkar apa pun tak dapat,” tulis youngliving.fikarazip pada ruangan komen

Dalam pada itu seorang aktivis kemanusian yang pernah menyertai misi kem4nusian ke Gaza tampil memberi nasihat ini kepada Caprice

“Mungkin orang lain cover2 cakap pasal isu kau ni. Tapi aku cakap terang2 mr. @capriceofficial .. Dh 10 tahun aku perjuangkan isu Palestin(bumi syam), harini baru aku jumpa ada manusia yang menggelupur nak buka aib orang lain bila diri dia tak dapat masuk Gaza.

“Kau ingat nak masuk Gaza tu macam nak pegi bercuti ke boleh senang2 masuk?

“Kau ingat kau sorang tak boleh masuk? Ada beribu lagi NGO seluruh dunia yang nak masuk Gaza tapi belum dapat kebenaran. Ada kau nampak mereka meroyan kat social media?

“Takda, sebab nak bantu saudara kita di Palestin bukan sekadar kena masuk Gaza then jumpa influencer kat sana bro.

“Nak bantu Palestin, kau beri kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang perjuangan Palestin pun dah cukup bagus. Kau collect dana dari Malaysia then salurkan melalui online transfer pun boleh.

“Kalau acc kena block sebab tak boleh transfer kesana, takpa nanti PM tepi biar aku bagitau macam mana nak buat.

“Kau nak cakap pasal bantuan dari Malaysia banyak tak sampai, aku tak nafikan mungkin ada. Tapi kenapa kau taknak cakap pulak berapa banyak projek2 kat Gaza yang hasil dari sumbangan rakyat Malaysia?. Nak aku sebut satu2? Kau pegi buat research sebab kau nampak macam MR KNOW EVERYTHING.

“Senang cerita macam ni lah bro. Kau kena bersangka baik dengan aturan Allah swt yang sebaik-baik perancang. Manusia yang kononnya kau kata yang halang kau untuk masuk Gaza tu jadi Asbab je kau tak dapat masuk. Kalau ada 1000 manusia pun yang halang kau masuk, tapi Allah swt kata kau akan masuk Gaza, inshaAllah kau tetap akan dapat masuk Gaza.

“So stop jadi macam budak2 tak dapat masuk theme park, fokus untuk bangunkan ummah, fokus untuk beri kesedaran kepada rakyat Malaysia lebih baik.

“Jangan sibuk kejar populariti sampai nak kena tag ig 3-4 press untuk layan Live kau. Baik kau buat live pasal macam mana kita nak perjuangkan isu ni.

kredit: ig maulanamohamed

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*