Nadir Dedah ‘Cara’ Team Ustaz Ebit Lew Masuk Ke Gaza “Tidak Tersusun?”

Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza pada tahun 2013, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ini merupakan individu yang sangat dikenali ramai terutama mereka yang hendak masuk ke Gaza.

Nadir yang sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi ini dilihat membela nasib anak yatim yang kematian bapa mereka semasa peperangan menentang zionis.

Terbaru, viral satu rakaman video di Tiktok mengenai luahan Nadir berhubung isu Ustaz Ebit Lew dan delagasinya yang masuk ke Gaza baru-baru ini. Video tersebut juga dipercayai mempunyai hubung kait dengan isu yang sedang viral sekarang ini.

Tiba-tiba dengar dah sampai

Team ustaz Ebit Lew ada hubungi saya untuk sampaikan sumbangan di bumi Gaza. Tapi bila kita dah bagi proposal tidak dibalas. Tiba-tiba saya dengar mereka dah sampai di Cairo. Bila mereka sampai di Cairo, mereka telah menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana nak masuk. Kami beritahu memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan terus buat kerja.

Menurut Nadir, semua negara mempunyai tuan rumah, badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat zakatnya sendiri. Jadi, kaedah yang dilakukan oleh Ustaz Ebit dan pasukannya dipercayai tidak tersusun semasa melakukan misi kemanusiaan tempoh hari. Ujar Nadir, niat ustaz tersebut dan pasukannya sudah betul. Cuma, pasukan Ustaz Ebit didakwa perlu lebih ‘berorganisasi’. Nadir juga memberitau dia tidak menyalahkan Ustaz Ebit dalam isu tersebut.

Apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit ialah dia beli barangan di Cairo dan dihantar masuk ke Gaza. Itu tak ada masalah. Cuma yang jadi masalah apabila seseorang individu masuk ke Gaza. Selalunya ramai individu akan beri bantuan kewangan sahaja dan kami akan beli barangan tersebut dalam Gaza. Sebab kita boleh perkasa ekonomi di bumi Gaza.

Tambah Nadir, pihaknya tidak ada masalah apabila mendapat barangan yang dihantar oleh Ustaz Ebit. Tetapi pihak tersebut perlu tahu bahawa kesemua barangan yang dihantar boleh didapati dalam Gaza sendiri. Mengulas lebih lanjut, Ustaz Ebit dan pasukannya mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang risiko ketika berada di sempadan sekiranya mereka membeli semua barang tersebut di dalam Gaza.

Terkilan NGO diser4ng netizen

Mereka semua serang NGO dan berkata lebih baik tidak payah hantar sumbangan ke pihak NGO dan hantar sahaja ke Ustaz Ebit. Kami di bumi Gaza hari-hari berbincang agar semua benda itu lebih tersusun dan terancang. Namun, semuanya disalah ertikan.

Di akhir video tersebut, Nadir memberitahu bahawa dia berasa terkilan apabila ramai NGO diserang oleh netizen dan penduduk di Malaysia. Jelas Nadir, masyarakat di luar sana tidak tahu bahawa mereka akan berbincang setiap hari dengan Kementerian Pembangunan dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan beberapa kementerian yang lain mengenai keperluan masyarakat di bumi Gaza.

VIDEO:

Sumber: Nadir via Oh Bulan

Momen penuh syahdu… Hampir 2 bulan di Gaza, Ebit Lew mohon maaf tinggalkan anak dan isteri – “Kemuncak perjuangan perginya ayah tercinta”

UMUM mengetahui pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bersama delegasinya berlepas ke Gaza pada penghujung Mei lalu bagi melakukan misi bantuan kemanusiaan.

Jiwa dermawan yang dimilikinya mendorong pendakwah ini sanggup meninggalkan keluarga buat seketika dan merisikokan nyawa demi dakwah dan misinya di bumi bergolak berkenaan.

Hampir dua bulan lamanya berbakti di bumi asing, pendakwah ini akhirnya pulang ke pangkuan keluarga yang dirindui, sungguhpun beberapa hari lalu beliau dikejutkan dengan khabar sedih pemergian bapa tercinta.

Ebit berkongsi momen penuh syahdu itu di Instagram miliknya, pada pagi Jumaat.

“Rindunya ya Allah. Dekat dua bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu. Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah.

“Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta. Ya Allah… Rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang yer, bidadariku,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Ebit yang baharu tiba di kediamannya disambut penuh girang oleh anak-anak dan isterinya sambil menangis dan berpelukan melepaskan rasa rindu.

Ebit dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga selepas menjalankan misi bantuan di Gaza.

“Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.

“Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus. I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” tulisnya lagi.

Ustaz Ebit dan delegasinya menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan ubat-ubatan di Gaza.

Untuk rekod, Ebit dan delegasinya pada penghujung Mei lalu berlepas ke Gaza bagi menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas serta ubat-ubatan.

Pendakwah ini juga membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.

Menurut Ebit, beliau menyewa dua rumah untuk dijadikan rumah kebajikan yang setakat ini menempatkan 10 anak yatim, selain menjadi tempat tinggal orang susah serta tempat bagi mengadakan kelas juga aktiviti kanak-kanak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*