Ini Yg Terjadi Kepada Pengarah drama Nur lepas dpt tahu rahsia terb0ngkar ‘Ustaz Madi’ minggu lalu wujud

Pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin mengakui terkejut apabila mendapat tahu satu ‘rahsia besar’ yang didedahkan kepada dirinya minggu lalu.

Menurut pengarah berusia 49 tahun itu, dia mengambil masa beberapa hari untuk menerima kenyataan kerana rahsia itu seolah-olah sama seperti watak Ustaz Hamadi (Madi) dalam drama tersebut.

Menerusi penulisan di laman Facebook, Shahrulezad atau mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata demikian sebagai respon kepada sebuah posting oleh aktivis, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Shahrulezad berkata, dia yang mencipta watak dijayakan oleh pelakon Azhan Rani turut sukar untuk mempercayai bahawa ‘Ustaz Hamadi’ wujud di dunia realiti.

“Makin lama makin ramai yg tahu. Minggu lepas abam kemurungan beberapa hari bila rahsia besar ini dibongkarkan pada abam.

“Abam ambik masa beberapa hari untuk terima kenyataan ini. Dia idola abam kot. It takes days for me to accept this.

“Ironinya abam yang mencipta watak Ustaz Hamadi dalam Nur. Dan abam jugak antara yang sukar nak terima watak seperti ini sebenarnya memang benar-benar wujud. Yeah! Again. Ustaz

Hamadi is real guys,” tulisnya.

Tambah pengasas syarikat produksi Radius One Sdn Bhd itu, dia menyerahkan perkara tersebut kepada orang ramai untuk menilai selain menegaskan bahawa bukan soal membuka aib seseorang sebaliknya prihatin dengan nasib ‘mangsa’.

“Kalau minggu lepas abam yang terduduk tak percaya. Kali ni biar giliran korang pulak yang merasakannya. Terpulang pada kalian nak menerima atau menafikannya.

“Ini bukan lagi soal menutup aib. Tapi ini dah jadi soal memperjuangkan nasib mangsa-mangsanya. Kalau kita mahu si pendera Bella di bawa ke penghakiman di atas perbuatannya itu.

“Apa bezanya dengan perbuatan ‘ustaz’ nan seorang ini. Tak kira lah sealim mana pun watak yang dipamerkan,” katanya.

Semalam, Akhi Fairuz mendakwa dia telah menerima pelbagai aduan berhubung salah laku seksual yang membabitkan pendakwah selebriti popular sejak beberapa bulan lalu.

Berikutan itu, dia menyeru individu yang menjadi mangsa supaya tidak berdiam diri dan tampil mencegah kezaliman dengan bantuan barisan peguam dan asatizah yang sedia berkhidmat.

“Saya difahamkan ada mangsa-mangsa lain yang juga telah diganggu tetapi tidak berani untuk ke hadapan kerana mereka yang menjadi pemangsa adalah sangat popular dan berpengaruh dan mngsa risau akan keselamatan mereka.

“Maka saya ingin menyeru mana-mana individu yang pernah diganggu/dicabul/sexual grooming oleh mana-mana individu yang menggunakan imej agama untuk memanipulasi mangsa untuk tampil ke hadapan dan membuat aduan,” katanya.

Sumber: Facebook Shahrulezad Mohameddin & Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*