Lelaki Ni Konon Dpt ‘Petunjuk’ Kena Kahwin Dgn Gadis 19 Tahun, Sekali Abang Dia Call

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syamey Sazali menerusi satu thread tampil menceritakan mengenai kejadian ‘aneh’ yang menimpa keluarganya. Kisahnya bermula, apabila datang seorang lelaki yang bertindak menunggu di hadapan pagar rumahnya. Aduh seram!

Ada lelaki tunggu depan rumah

Tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu secara tidak langsung membuatkan mereka sekeluarga berasa risau sebelum mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak polis. Susulan daripada laporan yang dibuat, pihak polis bertindak ke tempat kejadian sebelum menahan lelaki itu.

It’s been a long day for my family. Ada orang kacau family aku, duduk depan pagar rumah dari malam semalam sempai ke malam ni, satu family duduk dalam ketakutan dari semalam.

Berbicara lebih lanjut, pemuda ini menjelaskan dia bertindak datang ke rumahnya susulan mendapat ‘petunjuk’ selepas menunaikan solat di masjid. Apa yang lebih mengejutkan, lelaki ini dipercayai bekas penagih dadah dan menceritakan dia mahu berkahwin dengan adik pemuda ini yang baru sahaja berusia 19 tahun.

Adik aku baru 19, dia tu dah 40 tahun, dia ni sebenarnya bekas penagih dadah, dulu dah okay dah tapi sekarang dia ambil balik benda tu.

Tadi polis dah cekup dia depan pagar rumah aku, bawak pergi balai, pastu polis call adik aku suruh cakap dgn dia terus terang cakap tak nak kat dia. Sebelum ni adik aku tak pernah menyembang pun dengan mamat tu. Dia ni waras jugak la sebenarnya, dulu okay je.

‘Ayah aku layan elok je dia dulu’

Difahamkan, lelaki ini dipercayai sering kali menolong keluarga berkenaan dan mendapat layanan istimewa daripada keluarga itu. Setiap pertolongan yang diberikan, sudah pastinya dia menerima upah sebagai ganjaran.

Ayah aku layan elok je dia dulu. Dia suka tolong orang, tolong jadi driver ayah aku, tolong angkat barang, ayah aku selalu bagi duit, tapi dia ni suka buat hal, tak taw la pulak smpai ke tahap ni dia buat hal.

Pemuda ini pada masa yang sama juga menzahirkan rasa risau dan ‘takut’ jika lelaki itu bertindak di luar kawalan dan menggunakan ‘alternatif’ yang lain bagi memastikan hasratnya tercapai dan berjaya berkahwin dengan gadis berkenaan.

Satu benda je aku paling takut, takut dia ada buat guna-guna kat adik aku ke, kat family aku ke, orang macam tu memang tak boleh fikir dengan waras dah tu. Selagi dia tak dapat apa dia nak, sleagi tu dia buat macam-macam. Hopefully tak da apa-apa la, mintak simpang malaikat 44.

Dah kena tangkap

Ujar pemuda ini lagi, lelaki berkenaan sudah pun ditangkap oleh pihak polis dan akan dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan.

Update: Laki bod** tu dah memang kene tangkap dah, sekarang kat lokap, tak silap dia kene duk situ 2 bulan lepas tu dia akan dipenjarakan selama 6 bulan. Total 8 bulan. Tapi tu la, 8 bulan je, dulu pun dia masuk penjara setahun, dapat keluar pastu boleh buat perangai balik.

Dia juga menceritakan lelaki itu sudah lama menyimpan perasaan terhadap adiknya. Pada masa yang sama, dia turut berasa kesal dengan apa yang telah terjadi dan perkara tersebut secara tidak langsung dijadikan pengajaran buat keluarganya.

Aku baru dapat tahu dari family aku sebenarnya laki tu ushar adik aku dah lama dah, tapi dia kata dia cuba nak alihkan pndangan sebab dia dah anggap sebgai adik je, aduhh scary la ba**. Lepas ni mmg tak la family aku nak buat baik dengan dia, orang buat baik sebab kesian, tapi ni balasan dia buat kat family aku.

Sumber: Syamey Sazali via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*