Anwar pilihan utama netizen jadi Perdana Menteri ke-9. Ini jumlah yg undian dia dpt berbanding dgn Najib

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.

Dapatan undian secara dalam talian itu melibatkan 1,207 netizen di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? pada Selasa.

‘Rating tunjukkan Muhyiddin, PN diterima majoriti’ – Wan Ahmad Fayhsal

Rating’ Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Kenapa PN diterima umum? Kalau kita lihat rating khususnya kepada Muhyiddin kerana majoriti orang Malaysia, khusus kalangan Melayu dan Bumiputera boleh terima kepimpinan hari ini,” kata Wan Fahysal pada sidang media hari ini.

Rakaman audio sidang media tersebut telah diberikan kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Wan Fahysal tidak menjelaskan sumber rujukan penilaian populariti Muhyiddin yang disebutnya itu.

Sehingga kini, belum ada tinjauan sahih tahap populariti yang diterbitkan bagi menilai kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Wan Fahysal berkata demikian sebagai mengulas ciapan Anggota Majlis Pimpinan Pusat Bersatu Rais Hussin di Twitter yang berkata sukar menggambarkan Armada tanpa teraju Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ini selepas Syed Saddiq, bersama Dr Mahathir Mohamad dan tiga lagi ahli telah digugurkan keanggotaan daripada Bersatu.

Wan Fahysal, yang turut bersaing merebut jawatan ketua Pemuda Bersatu menjelaskan sumbangan Syed Saddiq tidak harus dilupakan, namun menegaskan perjuangan parti terhadap kepentingan orang Melayu lebih besar daripada apa-apa sekalipun.

Jelasnya, Armada dilihat tidak akan mengalami sebarang kesukaran untuk berkembang lebih jauh tanpa ketua pengasasnya.

Bekas pegawai ahli parlimen Muar itu menjelaskan dirinya dan Syed Saddiq tidak mempunyai sebarang sengketa peribadi.

“Antara kami, tiada yang peribadi,” katanya.

Bersatu kini berpecah kepada dua kem iaitu kumpulan penyokong yang berpihak kepada Muhyiddin dan Dr Mahathir.

Ini selepas Muhyiddin mengisytiharkan Bersatu keluar Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu untuk membentuk gabungan baru bersama Umno, BN dan PAS.

Tindakan tersebut turut membawa kepada kemelut politik selama seminggu selepas Dr Mahathir menolak cadangan tersebut.

Krisis tersebut berakhir selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri bagi kerajaan PN.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*