Dakwaan Agong perkenan Anwar masuk menghadap, sekali Sumber Istana Negara nafi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap Tuanku hari ini.

Sumber memberitahu Astro AWANI pertemuan itu diadakan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai isi pertemuan itu serta jam berapa ia akan berlangsung.

Setakat ini Astro AWANI masih cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Ketua Pembangkang.

Sumber Istana Negara nafi Anwar akan mengadap Agong

KEMAS KINI: Laporan ini dikemas kini dengan penafian dari sumber Istana Negara.

Sumber Istana Negara menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diberi perkenan untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Ini susulan dakwaan beberapa sumber PKR bahawa pihak istana telah memberikan perkenan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk mengadap pada pukul 2.30 petang hari ini.

Sumber PKR turut mendakwa pertemuan itu dijangka berlangsung di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, bagaimanapun, mengatakan dia tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

Perkembangan ini hadir di tengah krisis perlembagaan yang antara kerajaan Perikatan Nasional dan pihak istana.

Agong pada hari Khamis (29 Julai), melalui Istana Negara, secara terbuka menegur kerajaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat dan bertindak tidak mengikut perlembagaan berhubung pembatalan ordinan darurat.

Agong juga menyatakan dukacita kerana ordinan darurat tidak dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

Susulan tindakan Umno menarik sokongan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kerajaan PN dilihat enggan membenarkan sebarang undian di parlimen kerana bimbang tidak mempunyai sokongan majoriti.

Ordinan darurat dapat dibatalkan sama ada melalui kerajaan dengan persetujuan Agong atau dibatalkan di Parlimen.

sumber: mkini, astro awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*