Selepas P0lis Dedah Identiti Lelaki Tua Bertongkat, Sekali Anak Dia Masuk Komen

Sungai Petani: Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogel di hadapan pasukan polis.

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.

“Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.

“Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.

Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.

Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar.

Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.

Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari.

Anak Pakcik Tua Tampil Beri Komen

Selepas tular tentang pakcik tua misteri di media sosial. Perkara tersebut twelah sampai ke pengatahuan anak anak pakcik itu.

Salah seorang anak pakcik tersebut telah meninggalkan komen dan memohon agar posting tentang ayah dia diturunkan. Mereka telah membuat laporan polis tentang apa yang terjadi kepada ayah mereka.

“Ayah saya bukan puk4u atau b0moh, ayah saya kurang sihat. Dan Kami tidak sedar dia ke rumah org pada pukul 5 pagi”

TERDAHULU Dari rakaman cctv, seawal jam 5.20 pagi, ada proton iswara warna merah plate no PDA 2005 berlegar2 kawasan perumahan kejiranan saya. Kemudian, ada seorang lelaki tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul2 depan rumah kami.

Jiran depan rumah ini Indian, dan diorang ada bela anjing banyak dan seekor anjing hitam yg besar untuk jaga rumah, org tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar tu. Anjing-anjing tu semua tak menyalak pun.

Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak. Jiran ni tersedar sebab dia memang bangun awal masak. Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat dicelah2 pandangan cermin dapur.
Bila lelaki tua tu sedar ada org nampak dia, dia tak lari pun.

Dia siap tenung.Kawasan perumahan ni semua rumah mmg autogate.Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate.

 

Waktu jiran dan suami dan anak2 dia tegur dan tanya orang tua bertongkat tu waktu dia nak berjalan keluar, dia tak bercakap sangat. Macam orang buat2 bodoh, dan uncle tu macam tak sedar bila lelaki ni, keluar semula dari autogate.. dia cuba kejar. tak dapat.

Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sgt tinggi dan dia berkain. Dan bila hari cerah, tak ada langsung kesan orang panjat pagar walau pagar di cat putih.

May be an image of 1 person and standing

Dari video cctv, kereta Iswara tu reverse laju tanpa lampu waktu jiran cuba kejar. Kemudian kereta tu lesap tak tau kemana.Dan beberapa hari kebelakangan ni, memang rumah² kawasan kami ni tiba2 blackout dalam 1-2 minit dan alarm saling bunyi² jam 4-5 pagi.

Saya ada beberapa kali terdengar bunyi macam org kuis2 batu kerikil tepi rumah.Mohon doakan Allah lindungi kami sekeluarga dan kejiranan ini.

Dah lodge police report, regarding officer tu katanya org gila, pihak polis tak nampak motif lain lagi.

Tapi mana ada org gila masuk rumah org pukul 5pagi tanpa kesan pecah masuk. Dan macam mana dia boleh masuk autogate, autogate ni tak ada pintu kecil buang sampah tu, takde. Misteri nusantara.

Isk.. nak pindah rumah baru, takleh pindah lagi, renovate tak gerak sebab pkp. Seram jugak tengok muka “dia”.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*