Alhamdulillah Akhirnya Kerajaan Bersetuju Pengeluaran 10k Kwsp Untuk Kali Terakhir, Ini Kata-Kata PM Kita Mengenai Pengeluaran Kwsp

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pand3mik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Pengeluaran RM10,000 One-Off KWSP Boleh Dilakukan Dengan Syarat - Pakar Kewangan

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Terdahulu,

PM bakal umum kebenaran pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000?

Pengumuman 1.30 petang ini oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melibatkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut sumber, Ismail Sabri dijangka mengumumkan pengeluaran KWSP sebanyak RM5,000 dalam akaun i-Citra, ia ekoran timbul desakan terbaharu oleh pemimpin UMNO khususnya kumpulan Kluster Mahk4mah yang mendesak langkah membenarkan pengeluaran tersebut.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP dibawah skim i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, ia diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Untuk rekod, pada 28 Disember tahun lalu juga, KWSP dalam satu kenyataan yang dilaporkan media tempatan menyatakan sokongan supaya pengeluaran khas i-Citra diberhentikan bagi membantu ahli membina semula kecukupan simpanan persaraan mereka.

KWSP berkata, kepelbagaian bantuan kewangan kerajaan yang ditawarkan kepada individu dan perniagaan untuk pemulihan daripada pandemik dan banjir baru-baru ini adalah dialu-alukan semasa waktu sukar ini, justeru, sebarang pengeluaran khas daripada simpanan KWSP pada masa hadapan adalah dianggap tidak perlu.

KWSP adalah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“Ditubuhkan sejak 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70 peratus simpanan) ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.

“Walau bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam,” kata KWSP.

Sebelum ini pun, pada 26 Disember 2021, Ismail Sabri menjelaskan pengeluaran itu bukan suatu keperluan buat masa ini, susulan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

Pakar ekonomi juga setuju keputusan kerajaan, khususnya KWSP, menolak tuntutan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off bertujuan memberi pendidikan kepada orang ramai supaya berhati-hati menggunakan wang tersebut.

Sumber Ismail Sabri/Utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.aud1r8.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*