Jalan tempang macam cac4t selepas selesai rakaman TV, Kak Long bersumpah demi Allah tiada niat persenda 0KU

BAGAI tiada kesudahan.

Begitulah kisahnya mengenai Kak Long atau Wan Nor Baizura yang yang pernah tular gara-gara kes amvkan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC, baru-baru ini.

Pada Isnin pula, wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.

Belum reda isu itu, tular pula rakaman video yang memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya tempang dan herot, persis Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tindakan itu ternyata tidak disenangi netizen yang mana Kak Long dianggap menghina golongan cac4t, malah dia didesak agar melakukan permohonan maaf segera.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Dalam kenyataan ringkas di Facebook, Kak Long menafikan dakw4an itu dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya.

“Demi Allah saya tidak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat? Saya tak h1na OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Kenapa selalu cari silap saya?

TV Al Hijrah tangguh siarah program yang menampilkan Kak Long sebagai tetamu jemputan.

“Demi Allah saya tak ada niat nak hina 0KU. Saya akui saya buat live gurau-gurau saja. Tapi benda tu buat ramai terasa. Saya minta maaf lagi sekali. Demi Allah saya tiada niat nak hina 0KU,” tulisnya.

Ketika dihubungi mStar pada Rabu pagi, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai cubaan untuk memburukk4n namanya.

Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka h1na 0KU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?

KAK LONG

“Video terbaharu saya viral, orang kata saya h1na 0KU. Dalam video itu saya tak sebut atau kata sesiapa pun OKU. Saya tak h1na, saya cuma berjalan macam tu dalam video live.

“Bila orang tak suka saya, segala benda mereka akan cari salah. Saya buat siaran live FB itu ketika pulang rakaman di TV Al Hijrah. Pada waktu itu, ada orang komen, kata saya ni ‘lapar’ famous.

“Jadi saya buat gaya berjalan macam tu. Saya tak sebut 0KU sekian-sekian. Saya tak buat untuk OKU. Tapi orang salah faham. Kenapa nak ambil tindakan? Sedangkan saya tak h1na 0KU. Saya tak sebut nama 0KU,” ujarnya.

Menurut Kak Long, dia penat berdepan isu demi isu, malah setiap tindak-tanduknya di media sosial menjadi perhatian netizen yang mahu mencari kesalahan dan menjatuhkannya.

Kak Long menafikan dakwa4n dia mengh1na OKU.

“Niat saya, hanya Allah saja yang tahu. Saya tak kata OKU dan tak sebut OKU. Sekarang bila buat live FB, orang akan rakam video live saya. Orang tunggu masa saja. Saya terlalu penat nak layan. Saya nak fokus hidup dan berniaga. Saya malas nak fikir.

“Saya buat live sekadar happy, untuk hiburkan diri. Pesanan saya kepada yang sebar video saya, saya tak akan maafkan awak. Sesiapa yang edit video saya, pun saya tak maafkan.

“Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka hina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?” ujar Kak Long lagi.

Dalam pada itu, Kak Long yang berada di ibu negara sejak Ahad lalu demi memenuhi jemputan TV Al Hijrah baru sahaja tiba di Dungun, Terengganu sekitar jam 4 pagi Rabu.

Biarpun sudah membuat rakaman, TV Al Hijrah pada Selasa mengumumkan penangguhan siaran rancangan tersebut.

Selain pihak produksi dan Kak Long, Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara turut dikec4m teruk oleh netizen.

Komen Netizen:

 

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*