Gadis insaf berniaga depan kubvr! Kakak jadi m4ngsa kena teman jika ada kem4tian, boleh COD jika pelanggan ser4m datang gerai

JIKA kebanyakan orang memilih untuk menyambung pengajian selepas tamat sekolah, gadis ini memilih untuk berniaga.

Menurut Siti Fatin Nasuha, dia lebih berminat untuk menjual makanan berbanding meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sejurus tamat persekolahan.

Gerai jualan gadis berusia 21 tahun ini menjadi tarikan ramai apabila dia menjual kerabu Maggi dan burger di hadapan tanah perkubur4n.

Mesra disapa Maklang, dia berniaga makanan ini secara berseorangan sahaja setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 11.30 malam.

“Kedai tu sebenarnya abang saya yang mula berniaga dulu. Tapi tak lama lepas tu dia dapat tawaran kerja di negeri lain. Saya rasa sayang pula kalau biarkan macam tu je jadi saya buat keputusan ambil alih berniaga.

“Jadi saya pun mulakan perniagaan dan bagi nama kedai tu Gerai Maklang sebab saya seorang je berniaga. Sebenarnya gerai tu pun sudah dikenali masa abang berniaga dulu lagi.

“Abang buka kedai dekat situ sebab tempatnya strategik terletak dekat jalan utama keluar masuk kampung. Cuma kedai dia betul-betul depan kubvr. Sebelum ni kubvr tu ada pagar tapi sudah diruntuhkan jadi setiap hari berniaga memang saya hadap kubvr,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Keadaan gerai Maklang pada waktu malam di Bukit Kechik, Kelantan.

Maklang turut menjelaskan bahawa rumahnya yang terletak di Bukit Kechik, Kelantan juga terletak bertentangan dengan tanah perkubvran.

Ujar Maklang, dia sudah terbiasa melihat tanah perkubur4n ini sejak kecil, bermula dengan sedikit sahaja ahli kubvr dan kini sudah dipenuhi dengan ‘penghuni’.

Walaubagaimanapun, menurutnya dia tidak pernah diganggu dengan sebarang g4ngguan m1stik sepanjang tempoh berniaga di kawasan itu.

Keadaan gerai Maklang pada waktu siang yang turut menyer4mkan.

“Sejak habis SPM, sudah lebih tiga tahun saya berniaga kat depan kubvr ni. Memang saya akan berniaga sampai lewat malam pun setiap hari. Kalau ramai orang datang, saya tutup lewat sikit.

“Selepas pagar kawasan kubvr diruntuhkan ser4mlah juga. Tambah lagi kalau ada kem4tian, saya takut juga. Saya akan minta kakak teman sebab lepas pukul 10 malam, jalan tu agak sunyi.

“Cuma kebanyakan orang dekat kampung ni pun dah terbiasa jadi mereka tak takut nak datang beli. Tapi ada juga yang takut nak datang malam-malam, jadi yang mana tinggal dekat kawasan Tanah Merah, saya pergi hantar je naik motosikal,” kata Maklang.

Perkongsian Maklang keadaan gerainya untuk berniaga burger dan kerabu maggi.

Bercerita lanjut mengenai video tular sehingga meraih hampir 1 juta tontonan di TikTok itu, Maklang menerima banyak mesej di ruangan komen.

“Ni kedai adik aku, kalau hari dia takut aku yang kena teman. Tapi tak apa janji dapat makan kerabu free sambil insaf tengok batu nisan.

“Karang datang, tahu tahu esok pagi orang kampung cakap ‘kedai makan tu dah lama tutup’ hmm seram.

“Sambil membeli sambil mengingat kem4tian,” merupakan antara beberapa komen yang ditulis.

Maklang tidak mengambil hati malah menganggap bahawa komen pada video di TikTok sebagai jenaka sahaja.

Namun begitu, jelas gadis ini dia tidak mengambil hati malah menganggap bahawa komen tersebut sebagai jenaka sahaja.

Malah, ada yang meminta Maklang menceritakan pengalaman m1stik yang pernah berlaku sepanjang dia berniaga namun jelasnya tiada sebarang ‘kekacauan’ berlaku setakat ini.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*