Terima Banyak Kata2 Positif, Faizal Tahir Rasa Selesa Dikurniakan ‘Anak Syurga’

Penghujung tahun lepas, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah selamat menimang cahaya mata ketujuh.

Faizal juga ada berkongsi khabar gembira itu di media sosial dengan mengucapkan rasa syukur diatas kelahiran bay1 tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)


Setelah hampir beberapa bulan kelahiran anak ketujuhnya, Faizal Tahir baru sempat bercerita panjang lebar berkenaan cahaya mata yang lahir pada Disember 2021.

Menurut penyanyi itu, dia dan isteri telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Maryam Tahirah binti Ahmad Faizal.

Doktor sahkan anak ketujuh ada sindr0m d0wn

Tambahnya lagi, kelahiran Maryam ini sangat istimewa kerana telah disahkan sebagai ‘anak syurga’ yang mempunyai sindr0m d0wn.

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak berasa terbeban dan telah bersedia dari segala hal sejak doktor mengesan beberapa k0mplikasi terhadap kandungan isterinya.

Rakan2 tak henti beri kata semangat

Dalam pada itu, aktivis kemanusiaan terbabit juga akui yang dia tidak pun menyorok hal tersebut dan sering berkongsi keadaan anaknya kepada sahabat handai, rakan sekerja serta ahli keluarga.

Apa yang membuatkannya lebih selesa menerima ‘anak syurga’ itu adalah kata-kata positif daripada semua pihak yang tak henti-henti memberikan semangat buatnya sekeluarga.

Perkongsian yang istimewa dan banyak beri inspirasi

Perkongsian Faizal menerusi Instagram tersebut sememangnya memberikan inspirasi kepada ramai. Rata-rata warganet turut tak henti mendoakan agar penyanyi itu serta keluarga terus semangat dalam menempuhi kehidupan baru bersama ‘anak syurga’ yang pastinya memberikan mereka seribu satu keistimewaan di dunia dan diakhirat.

 

Sumber: Instagram Faizal Tahir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*