“GeIi Teng0k Adegan P4nas Zul Ariffin,” Sekali Prof Ridhuan Tee Bagi Satu Cad4ngan

SELEPAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur aksi panas Zul Ariffin, kini penceramah bebas iaitu Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut kesal dengan aksi pelakon berkenaan.

Ridhuan yang juga merupakan Profesor di Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata dia tidak menyangka seorang pelakon beragama Islam tergamak melakonkan aksi jij1k sedemikan tanpa rasa malu.

“Kenapa pelakon kita gatal sangat? Macam tak pernah masuk TV dan macam tak pernah berlakon. Takkan selaku orang Melayu tak tahu cara budaya hidup sendiri… kalau bukan orang Islam yang buat, saya tak hairan sangat.

“Saya naik geli dan nak muntah apabila melihat adegan panas pelakon tanah air beragama Islam yang sanggup melakonkan babak berkenaan, seolah-olah kita ini pelakon barat.

Ridhuan tak sanggup lihat aksi jijik dalam sedutan drama itu.

Cadang hantar resume ke Korea

“Jika kamu ada anak, isteri atau suami, kamu tak rasa malu ke mereka tengok suatu hari nanti? Di mana adab budaya sebagai seorang Islam dan yang penuh dengan kelembutan Melayu?

“Elok mereka ini hantar CV (resume) ke Korea atau Amerika Syarikat untuk menjadi pelakon di sana supaya lebih international,” katanya kepada mStar.

Ridhuan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pelakon Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu.

Saya cukup hairan, kenapa filem dan drama kita tidak ada identiti dan jati diri berbanding negara lain. Kenapa kita terlalu kebaratan?

Sementara itu, Ridhuan turut menegur pengarah drama berkenaan kerana tidak sensitif dan berani membawa masuk budaya barat dalam karya arahan mereka.

“Sama ada akan disiarkan atau tidak itu lain cerita. Masalahnya di mana adab budaya kita. Kalau filem orang putih masih boleh terima lagi, ini filem Melayu. Pengarah pun satu hal, orang Melayu juga.

“Berpada-padalah dalam mengarahkan anak buah untuk berlakon. Kita ini orang negara timur bukan barat. Kita ada adab!” katanya.

Netizen kecam Zul Ariffin di media sosial selepas muat naik sedutan babak panas dalam drama.

Dalam pada itu, Ridhuan mencadangkan supaya mereka yang terlibat dengan industri kreatif mengambil kursus berkaitan budaya dan adab.

Ini memastikan industri hiburan kita tidak terpesong dan terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan agama dan norma hidup orang Melayu.

“Saya syorkan supaya semua mereka yang terlibat dalam proses penerbitan filem drama diwajibkan mengikuti kursus adab sopan, tatacara adat budaya timur dan kursus asas penerbitan Islam.

“Kita tidak mahu nanti, filem atau drama kita sama seperti apa yang berlaku di barat dan Korea. Semua perkara itu tidak mustahil berlaku kerana bibit-bibit itu telah pun di rasai.

Menteri Hal Ehwal Agama menegur babak panas Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

Isu ini menarik perhatian ramai pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Agama.

“Saya cukup hairan, kenapa filem dan drama kita tidak ada identiti dan jati diri berbanding negara lain. Kenapa kita terlalu kebaratan?” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul dis3rang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang b0cor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Jakim Panggil Semua

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan panas yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

Timbalan M.enteri di Jabatan Perdana M.enteri Hal Ehwal Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia K-KOMM bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama Islam budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur,” katanya selepas diminta mengulas lakonan panas antara Zul Ariffin bersama Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu di sini pada Ahad.

Sebelum itu beliau hadir ke Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan PUTIK Pengkalan Chepa.

Menurutnya, seluruh pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara ini. Beliau berkata, perkara tersebut telah menimbul keresahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli P.arlimen Pengkalan Chepa itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin.

Pada Sabtu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum.

 

SUMBER: HMETRO, MSTAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.rosemerah.dnqj.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*