Pelakon Lana Nodin berkongsi berita gembira memaklumkan dia bakal membuka kedai berasaskan bahan bakeri miliknya Lana’s Bakery Land yang bakal dilancarkan dalam bulan ini.
Menurut pemilik nama Mazlina Hasan Nodin itu, Lana’s Bakery Land juga menjual produk bakeri siap dimasak termasuk air tangannya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
View this post on Instagram
“Dengan rendah diri, @lanabakeryland coming soon, very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kita akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di Malaysia yang terbesar area Kota Damansara.
“Bukan saja bahan bakeri malah kita ada ready make roti roti dan pastry untuk mereka yang nak rasa produk dari air tangan Lana,” katanya menerusi sebuah posting di laman Instagram.
Justeru timbul persoalan, adakah pelakon berusia 42 tahun itu sudah pulang ke tanah air selepas beberapa bulan ‘berhijrah’ ke negara suaminya David McKienzie di Amerika Syarikat.
Adios, selamat tinggal
View this post on Instagram
Ini kerana pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu pernah menjadi bualan hangat netizen apabila lantang bersuara mengenai vaksinasi Cov1d-19 di Malaysia sehingga didakwa sebagai ant1-v4ksin.
Sementara itu, seorang rakannya @gigihaana menulis bahawa Lana telah bekerja keras sejak dua tahun lalu demi merealisasikan impian bagi membuka bisnes tersebut sekali gus membantu golongan ‘bakers’ dengan harga mampu milik.
Lana dah rancang macam2 untuk hari pelancaran nanti
Meninjau ke ruangan komen, Lana ada menjawab persoalan rakan artis Rita Rudaini sama belum divaksin dibenarkan atau tidak untuk masuk ke dalam premis Lana’s Bakery Land.
Lana berkata, premis miliknya tidak akan mengamalkan diskriminasi dimana individu tidak div4ksin atau belum mengambil dos penggalak juga dijemput untuk membeli-belah di sana.
“Tak v4ksin macam kami boleh masuk ke?” – Rita
Terdahulu, Lana memaklumkan dia bukan ant1v4ksin sebaliknya prosafe iaitu mengambil langkah berjaga-jaga dan menunggu tempoh tertentu sehingga v4ksin selamat untuk digunakan.
Sumber: Instagram Lana Nodin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:http://www.rosemerah.dnqj
Leave a Reply