Dulu jol0k langit, lelaki berc3rai buntu calon cinta baru asyik mengecewakan… mujur sepupu pakar motivasi, bapa tunggal kini lebih tenang bertasbih

SAYYIDINA Umar pernah berkata: “Adakala orang yang paling buruk di masa silam, akan jadi paling baik di masa hadapan”

Kebenaran kata-katanya itu dapat dilihat jelas dalam diri seorang lelaki berusia 32 tahun.

Mengakui dirinya pernah melalui ‘zaman gelap’ apabila gemar ke kelab, dia tidak menyangka akan menerima hidayah Allah di usia yang masih muda.

Mahu menjadikan kisahnya sebagai medan d4kwah agar umat Islam lain dapat memahami erti cinta sebenar, ujar Mohamad Shafiq Razizat yang pernah gagal dalam perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Memulakan ceritanya kepada mStar, bapa tunggal yang lebih mesra dipanggil Apit Schasta memberitahu, dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berumur tiga tahun.

Namun katanya, masjid yang dibina hanya mampu bertahan selama empat tahun.

Nasihat kakak sulung membantu Apit mendapatkan ketenangan.

Nasihat kakak sulung membantu Apit mendapatkan ketenangan.

“Sejujurnya saya tidak sangka akan melalui ujian perpisahan. Akhir perhubungan, kami buat kesepakatan untuk berpisah kerana tiada kesefahaman.

“Perpisahan yang berlaku bukan angkara orang ketiga. Saya yakin, perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya dan saya ikhlaskan apa yang terjadi,” jelasnya yang enggan mended4hkan punca penceraian tersebut.

Menurut anak kelahiran Kluang, Johor ini, selepas diuji dengan perpisahan, dia terp4ksa berhadapan dengan cara membesarkan anak perempuan secara bersendirian.

Situasi yang dialaminya itu sekaligus membuatkan dia akui menjadi bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah.

Membesarkan anak seorang diri bukanlah perkara mudah.

Membesarkan anak seorang diri bukanlah perkara mudah.

“Menjadi bapa tunggal rupanya bukan mudah. Bila giliran saya jaga anak memang serba serbi kena buat sendiri daripada makan, pakai dan berak anak semua kena buat sendiri.

“Oleh sebab itu, keluarga nasihatkan saya untuk cari pengganti tapi sepanjang tempoh itu calon-calon jodoh yang datang mengec3wakan saya.

“Ada yang baik tapi ujiannya lain pula… str3s masa tu. Saya rasa f0bia, letih dan penat mencintai wanita.

“Berkali-kali saya dikhianati saat mencari semula. Ramai mesej dan hubungi saya kerana mahu menjadi calon isteri tapi saya t4kut,” lu4hnya yang merasakan kehidupan semakin tidak menentu.

Perubahan yang dilakukan demi mendapat redha Allah.

Perubahan yang dilakukan demi mendapat redha Allah.

Bercerita lanjut, anak ketiga daripada empat beradik ini memberitahu, sepanjang tempoh itu dia berasa sangat tertekan ditambah pula perlu melayan anak tanpa sokongan isteri.

Enggan berterusan dibel3nggu rasa ser4but dan tidak tentu arah, dia meluahkan keadaan yang dihadapi kepada kakak sulung.

“Kakak saya rujuk konsultan tak bertauliah dia iaitu sepupu kami yang juga pakar motivasi.

“Pelbagai perkara mereka cadangkan kepada saya termasuk ikuti pengajian sekolah pondok, belajar mengaji online dan sertai t4bligh.

Dulu kami jolok langit tapi sekarang jari kami hanya bertasbih setiap masa.

MOHAMAD SYAFIQ

“Jadi dengan cadangan yang diberikan, saya dah tahu punca kenapa kehidupan saya jadi seperti ini. Yelah dah lalui pelbagai ujian tapi tetap cari makhluk, sedangkan makhluk tak mampu memberi kita kebahagiaan dan ketenangan,” rintihnya kes4l.

Dia yang kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan turut menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk ‘kembali’.

“Akhirnya saya bersyukur, Allah pilih saya sertai jemaah t4bligh. Saya rasakan diri seperti sireh pulang ke gagang, di sini saya jumpa ramai kawan-kawan lama sebelum kahwin.

“Dulu kami jolok langit tapi sekarang jari kami hanya bertasbih setiap masa.

Apit bersama rakan jemaahnya.

Apit bersama rakan jemaahnya.

“Memang benar, Allah kata manusia ini jangan dihukvm terlalu awal. Hidayah milik Allah, selagi manusia belum m4ti kita jangan sesekali menghukumnya.

“Kami seperti reunion, tapi kini bukan di kelab tapi di masjid dan tempat-tempat d4kwah anjuran Jemaah T4bligh di serata Malaysia. Kami selalu muzakarah iman dan bercakap tentang kebesaran Allah.

“Indah rupanya bila jatuh cinta dengan Allah dan Rasulnya… Kini hidup saya semakin bahagia dan tenang,” ucapnya syukur.

Perubahan yang dialami mendorongnya mengingatkan sahabat muslim yang lain, katanya ringkas, ‘kembalilah kepada Allah jika berhadapan dengan ujian hidup’.

Tambahnya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah memperbaiki solat fardhu serta menjaga akhlak dan adab sesama manusia.

“Saya pun masih baru, mohon doakan agar saya terus istiqomah di jalan menuju taqwa dan keredhaan Allah.

“Jika ada yang baik dari kisah saya, jadikanlah inspirasi yang buruk jangan ikut… mudah-mudahan ada bahagian buat ibu saya yang sudah lama mahu melihat saya berubah,” katanya yang turut berharap ibu berusia 60 tahun dapat pulih dari kanser ovari yang dihidapi sejak 2019.

Perkongsian yang divideokan itu menjadi tular di TikTok sehingga ditonton lebih 488,800 pelayar.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*