Erma Fatima minta netizen jangan hip0krit! Perkara burvk cepat viral, yang baik susah nak ‘share’

TERKILAN dan sedih dengan kecam4n netizen, penerbit dan pengarah Erma Fatima merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak.

Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video berahi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak.

Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.

“Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya samp4h.

“Itu hukum4n yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.

Erma tidak mahu keruhkan keadaan beri sebarang kenyataan dalam masa terdekat

“Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan.

Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran.

Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya samp4h

“Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.

“Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasat4n tersebut.

“Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini,” ujarnya.

Sementara itu Erma juga meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.

Zul Ariffin telah memohon maaf susulan video yang dimuat naik

“Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral.

“Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula.

“Jadi janganlah terlalu hip0krit hendak hent4m saya apabila terjadi kes sebegini,” jelasnya.

Isu babak panas Zul tercetus pada Jumaat lalu apabila aktor itu berkongsi klip memperlihatkan aks1 gha1rahnya bersama pelakon baharu Siti Hariesa.

Perkara ini juga mendapat perhatian Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (K-Kom) dan Zul juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SKMM.

“Saya sempat tgk post dari IG actor tersebut. Saya terus komen kat erma.. apa ceta korang buat ini.. g1la ke ??? “-Umie Aida

RUPA-RUPANYA sejak awal lagi penerbit Erma Fatima sudah meluahkan kebimbangan mengenai babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

Perkara itu dided4hkan olehnya adiknya iaitu Datin Seri Umie Aida yang memberitahu Erma mengetahui ada babak terlalu daring yang kurang sesuai untuk tontonan umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini… dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini.

“Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan.

“Lebih mengec3wakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?” katanya menerusi laman Instagram.

Perkongsian Umie Aida di Instagram.

Sementara itu, Umie berkata dia sudah menonton sedutan babak tersebut yang dikongsi oleh Zul Ariffin di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Justeru itu, dia meminta pihak sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan

“Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma… apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu?

“Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan… antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.

“Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” ujarnya.

Netizen kec4m babak panas lakonan Zul Ariffin.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak p4nas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikec4m netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak p4nas berkenaan.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

 

SUMBER: MSTAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://limauasamboi.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*