Salah seorang penyanyi yang cukup popular sejak bertahun-tahun lamanya, siapa sahaja yang tidak kenal dengan Awie. Berasal dari vokalis kumpulan Wings, sehingga kini Awie masih aktif menyanyi dan juga berlakon.
Suaranya pula tidak berubah sama sekali sejak dari dulu. Memang padu! Terbaharu satu rakaman yang memaparkan Awie nyanyi di set pengambaran sambil bermain gitar telah mencuri perhatian warganet.
Dalam perkongsian itu kelihatan penyanyi ini yang berkain pelikat sedang duduk sambil dikelilingi oleh beberapa lelaki termasuk Bell Ngasri. Apa yang mencuri perhatian ramai apabila Bell Ngasri yang sinonim dengan karakter Barkoba sempat ‘mengajar’ Awie bermain gitar.
Berikut adalah perkongsian rakaman Awie nyanyi santai di set pengambaran yang telah dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dengan nama akaun rasydanzackaria:
@rasydanzackaria Barkobar Tegur Usin Salah main chord gitar! dia pon hauppp nak tegur orang😜#fyp #fypシ #kekasihawaldanakhir #kampongpisanguniverse ♬ original sound – adan jogentor
Orang kalau sudah berbakat memang nyanyi santai pun sedap! Apa-apa pun perkongsian rakaman Awie nyanyi santai ini telah meraih lebih 117 ribu tontonan dan 6,009 likes.
Rata-rata warganet terhibur dan memuji suara nyanyian Awie ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Suara Husein level Awie kot. even tak dak SPM pon boleh pi jauh ni. Go Husein go”
“Mahal betul suara Awie ni. Bukak mulut je dah sedap”
“Husin suaranya sebijik macam Awie”
“Sedap siak tone suara Awie adik Hussein”
“Mantul Hussein tuala biru ada lagi ke”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:HCL
Leave a Reply