Netizen Kagum Vokal Vida Makin Baik, Sekali Ara Johari Buat Cover Lagu “Ku Ikhlaskan”

Single terkini usahawan Datuk Seri Vida, Ku Ikhlaskan memang sedang menjadi bualan ramai malah diparodikan oleh beberapa pihak.

Bukan mengenai lagu sangat yang diperkatakan wargamaya, tetapi adalah imej Vida yang disifatkan jelik, hodoh dan keterlaluan dalam muzik video yang disiarkan bersama lagu tersebut sejak pukul 3 pagi semalam.

Malah, MV Ku Ikhlaskan juga telah menerima tontonan hampir 1 juta di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam ia disiarkan.

Salah seorang yang telah mendengar dan menonton MV tersebut adala bekas pembantu peribadi yang juga lelaki yang hampir menikah dengan Vida, Iqbal.

“Ya, saya sudah dengar selepas beberapa jam lagu tersebut dimainkan di radio,” kata Iqbal saat dihubungi Gempak.

Sambil memuji muzik video Vida yang disifatkan sangat internasional seperti milik penyanyi Lady Gaga dan Agnes Monica, Iqbal mengaku imej lelaki muda yang ditonjolkan dalam visual tersebut adala jelmaan dirinya.

Malah, Iqbal bersetuju jika penonton mengaitkan lagu Ku Ikhlaskan tersebut ditujukan Vida buatnya selepas hubungan cinta mereka tidak berakhir ke jenjang pelamin.

“Kalau orang kaitkan lagu tersebut dengan saya, ya saya rasa memang lagu itu untuk saya.

“Sebab dalam babak pertama muzik video, kalau perasan frame gambar sewaktu dipegang Datuk Vida, itu adalah muka saya yang dipangkah. Saya memakai baju biru dan sedang menyarungkan kasut.

“Mungkin orang luar tak perasan, tapi saya perasan (diri sendiri),” kata Iqbal lagi.

Dia yang kini sibuk menceburi dunia lakonan menambah: “Imej lelaki lebih muda, ya itu memang ditujukan untuk saya. Banyak momen momen yang membuat saya tersentuh dari muzik video tersebut.”

Meski memuji hasil kerja tim dan Vida menghasilkan single tersebut, Iqbal mengaku kurang suka dengan vokal penyanyi itu yang disifatkan sebagai sudah ‘dicantikkan’ terlalu banyak.

“Saya kurang suka tune suara lari banyak dari yang asal sampai lupa ini suara DSV atau ini bukan ke? Part original itu sudah hilang.

Saya pun penyanyi dan saya pesan kalau saya menyanyi, biarkan suara saya walaupun buruk, masih boleh didengar dengan jelas. Jangan lari sangat,” katanya.

Ara Johari – Ku Ikhlaskan [Cover]

Pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie binti Johari atau nama popularnya Ara Johari dan Ara AF2016. telah menyanyikan semula  lagu tersebut, raih pujian ramai

Dalam pada itu, rata-rata netizan memuji mutu vokal Ara

“Mantaplah Ara. ara punya tone ni mmg tone org dulu2 yang lantang tinggi. Tambah plak lagu ni mmg vibes 90-an, mmg sesuai sgt.

I can say tone Ara mmg jenis tone evergreen..”

BerikutSedikt Info Mengenai Ara Johari 

1. Pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie binti Johari. Nama popularnya Ara Johari dan Ara AF2016.

2. Merupakan penyanyi dan guru.

3. Lahir pada 27 Jun 1997. Berusia 22 tahun (2019).

4. Berasal dari Negeri Sembilan.

5. Memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Balada.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

7. Bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang turut disertai Amir Syazwan Bin Masdi (Amir), Muhammad Ammal Shafiq Osman (Amal), Kareshma Martin John Patrick (Reshma), Norhafizah Binti Longkip @ Thomas (Afi), Nurul Rahila (Rahila), Mohd Afzarul Dzarif Mohd Mazle (Zarol), Siti Aishah Abdul Razak (Asha), Muhammad Ikram Bin Kamaruzzaman (Ikram), Jasper James Supayah (Jasper), Isyariana Che Azmi (Riana), Zahrul Hilmi Badrul Hisham (Amy), Azarul Rais Mansor (Rais), Halmy Hamizan (Halmy) dan Mohd Fara Aidid Ali Dad Khan (Isa).

8. Ara menduduki tangga keempat di peringkat akhir AF2016. Sepanjang persaingan, beliau dicabar membawakan beberapa lagu tugasan iaitu Andaiku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo, Andai (Dia Fadila), Robek Hatiku (Mas Idayu), Bimbang (Goodbye Felicia & Stephanie Poetri), Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah), Nazam Berkasih (Syura), Tinting (Noraniza Idris), Tangisan Marhaenis (Dia Fadila dan Hattan), Samar Bayangan (Nicky Astria), Camar Yang Pulang (Aishah) dan Warkah Untukku (single pertamanya).

9. Selepas Warkah Untukku yang dilancarkan pada tahun 2016, Ara terus mendapat perhatian menerusi single Bunga (2017) dan Paku (2018).

10. Lagu Warkah Untukku berjaya menempatkan diri sebagai antara finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 32, manakala Bunga dinobatkan sebagai naib juara AJL33.

11. Beliau turut tersenarai dalam pencalonan kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Ramai Puji MV Ku Ikhlaskan Vida

Biarpun pelancaran muzik video (MV) lagu jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV) di laman YouTube tertangguh seketika berikutan mengalami masalah teknikal, namun siapa sangka lagu Ku Ikhlaskan itu mencvri perhatian ramai.

Lebih 2 Juta Tontonan

Dilancarkan sekitar jam 3 pagi pada Isnin, setakat ini MV tersebut telah mencapai lebih 2 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pengguna laman YouTube memuji kualiti MV Ku Ikhlaskan yang disifatkan mereka setaraf peringkat antarabangsa dan penuh dengan idea kreatif.

Dapat Pujian Ramai

Malah,ada juga yang mula memahami konsep yang cuba dibawakan oleh Vida berdasarkan ‘teaser’ di Instagram miliknya yang dikecam ramai sebelum ini. Terdahulu, Vida mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa foto dirinya memakai busana bertemakan Avante Grande yang kelihatan aneh dipercayai bagi menjayakan MV lagu terbaharunya itu.

MV lagu ciptaan Amy Ukays dan Vida itu tersebut telah menelan belanja sebanyak RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

“Ikut Dialah Kalau Rasa Lagu Ini Tentang Dia” – Vida Balas Balik Kenyataan Iqbal Yang Anggap Ku Ikhlaskan Tentang Dirinya

Hal ini tidak hanya menggembirakan hati tuan empunya badan, malah Vida berharap agar semua yang menonton dapat menerima mesej yang ingin dia sampaikan.

“Saya bersyukur sangat atas penerimaan luar biasa daripada fans dan penggemar muzik, tak kurang yang baru mengenali saya.

“Sebagai contoh, jika ada yang buat parodi sekalipun, saya harap mesej yang ingin saya sampaikan diterima penonton dan pendengar. Ia boleh diibaratkan seperti climax of the soul iaitu reda dan ikhlas. Tapi kalau saya buat direct tentang mesej itu nanti jadi lagu nasyid pula,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Semalam, Gempak ada bertanya pendapat Iqbal tentang video muzik Ku Ikhlaskan. Selain memuji kualiti yang dipersembahkan, Iqbal turut mengakui yang lagu tersebut ditujukan untuknya.

Selain itu, Iqbal juga memberitahu yang gambarnya yang telah dipangkah ada dipapar dalam salah satu babak video muzik berkenaan.

Menjawab semula kenyataan Iqbal, Vida menegaskan, keadaan set yang agak sibuk menyebabkan dia tidak perasaan tentang gambar yang telah disediakan oleh kru yang menjaga props.

“Itu props punya kerja… Disebabkan jadual penggambaran yang sibuk, jadi mungkin saya sendiri tak perasaan sangat. Dan dalam babak itu mungkin kelibat gambarnya ada beberapa saat saja.

“Tentang lagu ini kononnya dibuat untuk Iqbal, ikut dialah kalau rasa lagu ini tentang dia. Sebab satu Malaysia pun dah tahu tentang cerita kami jadi saya tak boleh menafikan perasaan dia,” katanya lagi.

Berkenaan dengan niatnya untuk memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan sempena dengan pelancaran video muzik berkenaan, Vida berkata: “Saya sendiri tidak faham kenapa saya dilabel sebagai penunggang agama sedangkan saya mahu memberi kepada mereka yang memerlukan.

“Tambahan pula Ramadan kan dah dekat. Jadi, saya akan gunakan sumbangan yang dikumpul untuk disedekahkan kepada tahfiz dan beberapa tempat lagi untuk kegunaan bulan puasa,” kongsinya.

Dalam pada itu, Vida juga menyatakan hasratnya untuk menerbitkan lagu pada masa akan datang.

“Perancangan itu ada, tapi tak naklah lancarkan lagu secara kerap. Seperti lagu I Am Me, saya ambil masa yang agak lama untuk lancarkan single seterusnya.

“Apa yang penting, saya harap video Ku Ikhlaskan bakal menjadi karya yang ikonik dan malar segar,” tutupnya.

kredit: Ara Johari Official, mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*