Kain hilang selepas balik sekolah, gelagat murid perempuan ini buat ramai netizen terhibur

Lazimnya, bagi anak-anak yang pertama kali masuk ke sekolah, pasti banyak insiden melucukan menghiasi minggu orientasi.

Pulang tanpa stoking selain anak tudung hilang entah ke mana memang sudah biasa.

Kadang-kadang, lucu juga melihat gelagat mereka yang kepenatan belajar seharian sambil membawa beg yang lebih besar daripada badan menuju ke pintu pagar sekolah.

Kebiasaannya, kes barang hilang seperti pensil, pemadam dan pembaris waima pensil warna yang tidak pernah cukup jumlahnya pun kerap berlaku.

Pun begitu, insiden melucukan yang dikongsikan pengguna TikTok, @topekmt mengenai kisah anak perempuannya membuatkan ramai ketawa berdekah-dekah.

Mana tidaknya, anaknya pulang tanpa kain sekolah membuatkan ramai tertanya-tanya. Dalam perkongsian video pendek berdurasi 31 saat itu, bapa tersebut berkongsi kisah sebenar.

“Ceritanya dia pergi tandas, selepas itu lupa turunkan kain. Bila cikgu nampak dan tanya mana kain, dia cakap tak tahu.

“Jadi, cikgu pun pasrah je dengan telatah anak murid,” tulisnya.

Video:

@topekmt

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)


Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya kain sekolah tersebut tergulung di dalam baju yang dipakainya.

Kata bapa itu lagi: “Kalau kita tengok pun, memang tak nampak baju itu kembung dengan kain yang bergulung. Nasib baiklah pakai seluar panjang.”

Aduhai adik, memang level confident itu sangat tinggi.

Video yang menerima lebih 272,000 tontonan itu menerima reaksi ramai netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut. Malah, mereka berkata ini kes terbaru dan rare!

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*