“ Ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami…,” – Genap Setahun Berkahwin, Indah Titip Kata Suami Isteri; Neelofa & PU Riz

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna itu dengan makan malam bersama.

Terlihat sederhana tetapi romantis, momen berkenaan dikongsikan Neelofa di Insta Stories, pada Ahad.

Menitipkan doa yang baik-baik, usahawan terkenal itu juga memberikan dedikasi tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram yang merakamkan detik majlis ijab kabul mereka.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew,” tulis Neelofa.

Sementara itu pada platform sama, Haris ada berkongsi foto sekitar majlis pernikahan disusuli dengan kapsyen penuh kesyukuran.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dikurniakan isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak mengapa, ku titipkan dalam doaku.

“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Meninjau ke ruangan komen di Instagram mereka, rakan-rakan selebriti dan peminat turut sama-sama dilihat tumpang gembira seterusnya meninggalkan ucapan tahniah serta doa.

Sekadar mengimbas, Neelofa dan Haris melangsungkan majlis raja sehari di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Komen netizen:

Sumber: MH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*