“Berlakon Dengan Zul Ariffin, Siapa Yang Tak Nak”-Pengakuan Nina Smith Raih Perhatian Ramai

Tidak dinafikan, masih ramai tidak mengenali Nina Smith. Namun, baru-baru ini nama pelakon berusia 23 tahun itu menjadi perhatian. Ianya gara-gara tindakan beraninya menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama Bunga Hati terbitan Zeel Production pada Disember, tahun lalu.

Malah, tindakannya itu turut mendapat teguran pelakon Fauziah Ahmad Daud atau Ogy sehingga perkara itu hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, Nina berkata perkara yang berlaku itu sudah berlalu dan dia bertindak sedemikian dengan alasan kukuh dimana ketika itu bapanya diserang angin ahmar.

“Saya juga tidak kesal dengan apa yang sudah berlaku itu kerana saya bukanlah pelakon bermasalah. Cuma, insiden pada hujung tahun lalu itu, saya tidak boleh elak kerana membabitkan kesihatan dan nyawa bapa saya.

“Apatah lagi, sudah juga lama saya tidak balik ke Amerika Syarikat (USA) bertemu dengan bapa dan tiba-tiba dapat tahu dia diserang angin ahmar yang teruk,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya lakonannya, Nina berkata dia serius untuk menceburi karier seni. Sering ditawarkan watak antagonis, Nina mengakui ianya cabaran buat dirinya.

“Setakat ini, saya sudah terbabit dalam enam drama dan rata-rata watak dilakonkan sebagai antagonis. Saya pun tak tahu, kenapa sering jadi pilihan untuk watak ‘jahat’. Apapun, sebagai pelakon sudah tentu ini cabaran buat saya.

Lagipun, saya hendak memilih watak dalam keadaan industri sekarang pun tidak sesuai. Selain masih baharu dan kurang pengalaman, saya juga belum berpeluang meneroka lebih banyak watak dan ia perlukan waktu.

“Jadi, tidak ada gunanya jika saya bersikap terlalu memilih. Walaupun masih melakonkan watak antagonis, ia sebenarnya bukan mudah. Saya kena bijak dalam mempelbagaikannya dan mencabar juga. Apa-apapun, saya kena berani dan lebih berusaha,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kesudiannya jika dapat peluang berlakon bersama pelakon sensasi, Zul Ariffin, Nina berkata dia tidak menolak.

“Berlakon dengan Zul, siapa yang tak mahu. Cuma, saya akan pastikan tawaran wataknya sesuai. Malah, saya juga akan berbincang dengan pengarah untuk sesuatu babak itu sebelum dibuat. Saya tak nak nanti boleh timbul kontroversi.

“Dalam hal ini (babak), sebagai sesama pelakon dan pengarah memang perlu berbincang. Mana yang boleh dan okey, kita buat. Namun, sebaliknya itu kenalah kreatif. Apapun, saya kalau boleh tak mahu terus dipalit kontroversi dengan mudah,” katanya.

Reaksi netizan selepas pengakuan Nina

Difahamkan, pada Ramadan ini Nina akan muncul dengan drama Antara Ikhlas dan Kaca yang ditayangkan Awesome TV.

Video Nina Smith makan pakai tangan raih setengah juta tontonan dalam 1 malam

SEBAGAI anak Melayu, makan menggunakan tangan bagaikan menjadi satu kebiasaan sejak kita kecil lagi.

Begitu juga dengan gadis Melayu berdarah campuran Amerika ini yang mana dia juga suka makan menggunakan tangan.

Namun menurut Amalina Smith, 22, dia baru sahaja menyedari teknik yang digunakannya sedikit berbeza, sehingga ditegur oleh rakannya pada Sabtu.

“Saya dibesarkan di Malaysia. Jadi memang dah selalu makan dengan tangan. Selama ni tiada siapa pernah tegur, tapi saya selalu perasan orang suka perhati saya makan.

“Tiba-tiba semalam (Sabtu), kawan tegur. Saya tanya apa yang salah? Dia tanya, kenapa masukkan semua jari dalam mulut masa suap makanan?

Nina tak sangka video dikongsi akan tular di aplikasi TikTok.

“Saya pun baru sedar. Jadi untuk kepastian, kawan suruh saya makan sambil dia rakam video untuk kami tengok semula,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nina, dia kemudiannya secara spontan berkongsi video itu di TikTok dan tidak menyangka akan menerima setengah juta tontonan dalam tempoh satu malam sahaja.

Kata Nina, dia terkejut dengan penularan video itu, namun bersyukur apabila tidak menerima sebarang komen negatif di platform itu.

Saya fikir akan ada orang kecam dan sebagainya, tapi semuanya positif.

“Saya pun baru je aktif di TikTok pada tahun ni. Memang tak tidur malam baca komen. Alhamdulillah tiada yang kecam, semua terhibur je.

“Ramai juga yang komen, mereka kata confuse dengan cara diri sendiri makan nasi pakai tangan lepas tengok video saya.

Nina merupakan penuntut bidang Sains Politik.

“Saya fikir akan ada orang kecam dan sebagainya, tapi semuanya positif dan menghiburkan,” ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Bercerita mengenai dirinya, Nina merupakan graduan bidang Sains Politik yang kini menjalankan perniagaan produk minuman kesihatan.

Jelasnya, penularan video itu turut membuka pintu rezeki apabila ramai yang menghubungi untuk bertanyakan mengenai produk yang dijual.

Dedah Nina lagi, dia sepatutnya berangkat ke Amerika Syarikat pada tahun lalu untuk menyambung pengajian dalam bidang sama, namun ditunda sehingga tahun depan gara-gara pandemik Covid-19.

“Sepatutnya September tahun lepas saya sambung belajar, tapi ia dah ditunda ke tahun depan.

“Sekarang saya tak ada buat apa-apa, cuma buat bisnes sikit-sikit. Sejak viral, banyak direct message (DM) yang masuk, nak tahu pasal produk,” ujarnya lagi.

 

KREDIT: HMETRO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://limauasamboi.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*