Susunan Ayat Fedtri Yahya Ulas Isu Hangat Kini Dipuji, “Kemiskinan Jangan Dibuat Gurauan”

Pagi ini Malaysia dikejutkan dengan satu rakaman seorang pensyarah memberikan ‘teguran’ kepada pelajarnya yang tidak memiliki komputer ketika di dalam kelas online. Teguran pedas pensyarah ini kemudiannya menimbulkan amarah orang ramai kerana dia sempat menggunakan B40 sebagai alasan.

Disebabkan tularnya rakaman tersebut, isu ini menjadi bualan hangat warganet di sosial media. Malah seorang pengacara, Fedtri Yahya sempat mengulas mengenai isu berkenaan. Dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh Fedtri Yahya ini, beliau sempat memberitahu:

“Kemiskinan orang jangan dibuat mainan dan gurauan..”

Malah figura ini juga turut menjelaskan sepatutnya keadaan sesuatu keluarga itu harus difahami dahulu barulah boleh dipertikaikan.

Korang dengarkan sendiri susunan ayat Fedtri Yahya ulas isu hangat kini ini yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya sendiri:

Video:

@fedtriyahya Reply to @muhdaziqfikri ♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya


Halus sahaja teguran Fedtri Yahya mengenai isu berkenaan. Malah perkongsian rakaman susunan ayat Fedtri Yahya ulas isu hangat kini ini telah membuatkan warganet bersetuju dengannya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Bila dia sebut mak dah tak ada..Sebagai ibu saya dah auto seb4k..”

Susunan Ayat Fedtri Yahya 4

“Susunan ayat abang Fedtri…100% setuju”

Susunan Ayat Fedtri Yahya 3

“Saya sokong pendapat Fedtri Yahya. Ibu saya meninggal lepas saya SPM. Lepas ibu meninggal, ayah disahkan cancer stage 4”

Susunan Ayat Fedtri Yahya 2

“Cantik susunan bahasa Ahmad Fedtri Yahya…”

Susunan Ayat Fedtri Yahya 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*