Dah Terbiasa Pimpin Anak, Lelaki Pegang Tangan Rakan Buat Ramai Tergelak

Selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata, biasanya ramai yang akan mengalami perubahan yang ketara dalam hidup mereka termasuklah perangai yang turut berubah. Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang siap memimpin tangan rakannya semasa melintas jalan gara-gara sudah terbiasa melakukannya.

Reaksi spontan lelaki itu turut membuatkan rakannya terkejut dan kembali menarik semula tangannya sekaligus membuatkan ramai tergelak melihatnya. Malah rata-rata netizen juga turut berdekah melihat reaksi kedua-dua mereka ini.

@tuah.amir

Bila kawan dah ada anak be like 🤦🏻‍♂️

♬ original sound – # TUAH AMIR


Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan kedua-dua lelaki itu yang ingin melintas jalan semasa dirakamkan. Tidak lama kemudian, lelaki di sebelah kiri kemudian memimpin tangan rakannya itu untuk melintas jalan secara tiba-tiba.

Mungkin juga gara-gara lelaki itu sudah terbiasa memimpin tangan anaknya menyebabkan dia turut melakukan perkara yang sama kali ini. Namun reaksi dari rakannya pula membuatkan ramai berdekah apabila dia menepis semula tangan yang dipegang itu.

melintas

Malah rakannya juga turut kelihatan seperti geli dan beberapa kali cuba menepis tangan lelaki itu dan menjauhkan dirinya. Pastinya rakannya juga turut berasa hairan apabila tidak semena-mena pula dia dipimpin semasa ingin melintas jalan.

Di ruangan komen, netizen juga turut sama berdekah melihat reaksi dari lelaki itu. Malah ada yang berseloroh mujur juga lelaki itu tidak berkeras mahu memimpin tangan rakannya itu sehingga mereka selesai melintas.

“Saya ni dari kecik sampai sekarang kalau lintas jalan mesti kena pegang tangan kawan ke atau family.”

lelaki

“Hahaha dah terbiasa jalan dengan bini berpimpin tangan. Tiba jalan dengan kawan terbawak-bawak perangai tu.”

tangan

“Tolong pimpin pun marah. Member malu.”

komen

“Nasib kau tak kena tempeleng bang.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*