Jihan Muse Mengandung? Beri Ucapan Puasa Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak

Bulan Ramdan tiba lagi. Sebagai umat Islam pastinya cukup teruja untuk menjalani ibadah puasa serta melipatgandakan ibadah yang lain.

Tak hanya itu, golongan selebriti yang sepanjang tahun sibuk dengan kerjaya seni juga ramai yang mengambil peluang di bulan mulia ini untuk berehat dan menumpukan kepada ibadah puasa.

Bagi ucapan puasa pun lawak

Jadi, sejak semalam, laman sosial penuh dengan muat naik daripada mereka yang mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin terutamanya kepada peminat masing-masing.

Antara yang mencuri tumpuan sudah tentu perkongsian video dari empat sekawan iaitu Zara Zya, Jihan Muse, Shila Amzah dan Fara Fauzana.

Assalamualaikum, kami dari kumpulan Marhaban Simfoni

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram milik Jihan Muse, 4 sahabat ini sempat berkumpul dan melakukan video ucapan khas sempena bulan puasa. Meskipun tampak santai serta cuma berdurasi seminit, tetapi prosesnya rakaman terpaksa dilakukan beberapa kali kerana perangai mudah terhibur dan ‘masuk air’ masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Zara Zya tersembur makan kek tengok ‘gigi rongak’ Jihan Muse

Antaranya adalah babak Zara Zya tersembur ketika makan kek gara-gara melihat wajah lucu Jihan Muse. Bagaimanapun selaku ‘Kak Long’, akhirnya Fara Fauzana yang menyampaikan ucapan tersebut kepada semua umat Islam yang menyambutnya.

Di samping mengalunkan lagu ‘Ramadhan Tiba’, mereka turut mengakhiri video dengan mempamerkan senyuman ‘gigi rongak’ secara close up sebelum sambung berdekah ketawa semula.

Jihan mengandung ke?

Ucapan yang semuanya agak ‘kelaut’ itu membuatkan para peminat mereka terhibur dengan kerenah masing-masing yang berdekah dengan ucapan sendiri kerana semuanya tidak serius.

Namun begitu, ramai yang perasan pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse seakan berbadan dua apabila penampilannya agak berbeza.

Beberapa peminat telah meninggalkan komen dengan bertanya sama ada Jihan sedang mengandung ataupun tidak kerana sebelum ini memang ada khabar angin berkenaan hal itu tetapi dinafikan olehnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram Jihan Muse

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*