“Nasib Baik Bukan Baby Boy…”- Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi!

Pelakon Raja Ilya teruja apabila mengumumkan dia dan suami, Trent Garret bakal menimang cahata mata perempuan.

Acara ‘gender reveal’ secara ringkas dan sederhana itu diadakan bersama keluarga mentuanya di Australia.

“Wow sangat excited (teruja). Memang nak sangat bayi perempuan sebagai anak pertama. “Bolehlah melaram sekali nanti. Syukur alhamdulillah.

Dia tahu yang terbaik buat kami,” tulisnya. Menerusi rakaman video itu menunjukkan suaminya serta ahli keluarga mentuanya memotong kek berwarna coklat yang mempunyai krim berwarna merah jambu di tengah-tengah lapissnnya.

Garret yang memotong kek itu mengesahkan bayi dalam kandungan isterinya sebagai perempuan. “Ia merah jambu.

Maksudnya, bayi le…, maaf, perempuan,” kata Garret dalam video berkenaan. Sementara itu Ilya turut memberitahu dia sememangnya mengharapkan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga.

“Allah tahu yang terbaik untuk kami. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki.

“Sebelah (keluarga) Garret pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya lagi.

Ilya yang menetap di negara kelahiran suaminya, Australia sejak 2019 turut mengucapkan terima kasih atas doa pengikutnya yang rata-rata berharap bayi yang bakal dilahirkan itu nanti dalam keadaan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)


“Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Paling penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” katanya lagi.

Terdahulu, Ilya mengumumkan dirinya h4mil anak sulung dengan usia kandungan memasuki lima bulan. Dia dijangka bers4lin sekitar Julai nanti. Untuk rekod, Ilya dan Garret melangsungkan pernikahan pada 23 Disember 2018.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*