Netizen mar4h tayang aurat isteri di TikTok, siap bersanggul tinggi… Makin geram tengok video kedua, Lando Zawawi pun kena ‘pet1k’

“AURAT isteri bang!”

Teguran yang dilemparkan di ruangan komen sebuah video milik Lina Razali, 39 ini menjadi tular apabila rakaman itu seperti memperlihatkan bahagian belakang susuk tubuh seorang wanita sedang memakai apron.

Namun, tidak menyangka lain pula jadinya setelah wanita ini membalas komen tersebut dengan video kedua memperlihatkan wajah sebenar individu berkenaan.

Menurutnya yang mesra disapa Lina, dia pada mulanya senang hati melihat si suami yang ringan tulang membantunya di dapur lalu merakamkan momen tersebut.

“Sebenarnya video tu saya buat suka-suka je. Tak ada niat nak raih perhatian pun. Kebetulan masa tu suami tak keluar rumah. Jadi dia bantu saya dekat dapur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Masa hari kejadian, suami bantu siang ikan je. Kebetulan memang banyak juga ikan yang nak dibersihkan dan memang jadi kesukaan dia untuk guna apron saya. Saya seronok tengok suami masa tu. Saya pun terus ambil gambar dan video dia dekat sinki tu daripada belakang.

“Mula-mula post gambar tu, saya tak terfikir pun orang akan tanya fasal aurat sebab beranggapan ia normal bagi kami. Tapi apabila ada yang bertanya fasal aurat isteri, saya macam tak sedap hati sebab takut akan timbul fitnah lain yang tak elok,” jelas Lina ketika dihubungi mStar.

Tambah Lina, dia tidak menyangka perkongsian di TikTok yang dianggap sekadar hiburan itu menjadi perhatian dan mencuit hati warganet hingga ada yang menyamakan dia dengan Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi.

9A0CF954-1353-4554-AB9E-904C3068D1F1

Tangkap layar video Lina membalas bagi menjelaskan mengenai komen ‘aurat isteri’.

“Saya sendiri terkejut apabila tengok video tu dah capai tiga juta views. jumlah pengikut saya pun naik daripada 30 menjadi lebih 5,000 orang.

“Suami tahu saya ada upload video fasal dia. Tapi dia terkejut apabila mendapat banyak tontonan. Cuma saya pesan kat suami, jangan baca komen. Sebab saya takut jadi lain pula kat ruangan komen tu.

“Rata-rata bila baca komen kat situ, saya nampak ramai yang terhibur sebenarnya. Tak kurang juga ada yang cakap suami ada iras Lando Zawawi,” katanya.

Apabila ada yang bertanya fasal ‘aurat isteri’, saya macam tak sedap hati sebab takut akan timbul fitn4h lain yang tak elok.

LINA RAZALI

Bercerita lanjut tentang suaminya, Lina berkata dia bersyukur kerana pasangannya itu akan membantu melakukan kerja rumah apabila diperlukan.

“Secara jujurnya suami saya ni baran orangnya. Sebelum kahwin dulu memang dah nampak perangai dia macam tu. Tapi itu sikap luaran dia saja. Apabila di rumah, dia akan jadi orang yang kelakar, simple and friendly.

“Sebenarnya dia tidak la rajin sangat, tapi apabila saya mengadu penat atau tak sihat, automatik dia akan buat semua untuk saya dengan anak-anak,” ujar Lina.

1d15e046-e437-4871-b6bc-02ca84eb8cc2

Sepanjang usia perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Dalam pada itu bercakap mengenai rambut suaminya, Shahrulhalim Ghafar, 39, ia sebenarnya telah dibiarkan panjang sejak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi.

“Fasal rambut tu, dia mula simpan masa PKP. Saya pun minta dia biarkan saja. Suami pun rasa sayang nak potong.

“Saya juga nak cakap terima kasih kepada semua yang puji suami dan doakan rumah tangga kami. Saya harap penjelasan saya ni boleh menghentikan segala komen neg4tif sebelum ni. Risau juga dengan suami yang baran tu baca,” seloroh Lina menutupi kisahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*