Terkejut harga sotong RM2 seekor, Riena Diana saran pengguna tak puas hati buat aduan… Jangan viralkan dan sekat rezeki peniaga

TERKEJUT dengan harga makanan di bazar Ramadan, pelakon Riena Diana menyarankan agar pengguna membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya berhadapan dengan situasi sama.

Riena atau nama sebenarnya Qamariana Diana Zulreal, 25, berkata, tindakan sebegitu lebih baik berbanding menjadikan ia tular di media sosial.

“Kita ada saluran yang betul untuk membuat laporan. Jika ada sebarang aduan tentang peniaga boleh sahaja laporkan di saluran yang betul.

“Tak perlu nak ambil gambar atau video kemudian jadikan ia viral di media sosial. Kalau buat begitu boleh sekat rezeki peniaga pula.

“Lebih baik kita viralkan perkara baik seperti kedai makanan yang sedap dan harga berpatutan,” katanya ketika dihubungi mStar.

riena 3

Riena terkejut harga makanan tinggi di bazar Ramadan

Riena terdahulu berkongsi situasi dia membeli juadah lauk sotong bersaiz kecil dengan harga RM2.

Simpati dengan nasib golongan tidak berkemampuan, Riena berkata, peniaga tidak patut meletakkan harga tinggi sesuka hati.

“Saya kasihan melihat orang yang mungkin kurang berkemampuan untuk membeli makanan di bazar kerana harga terlalu tinggi.

Tak perlu nak ambil gambar atau video kemudian jadikan ia viral di media sosial. Kalau buat begitu boleh sekat rezeki peniaga pula

RIENA DIANA

PELAKON/PENYAMPAI RADIO

“Benar kita semua teruja menyambut Ramadan tahun ini selepas dua tahun PKP, namun itu tidak bermakna boleh sesuka hati meletakkan harga terlalu tinggi.

“Bapa saya juga berniaga nasi ayam di bazar Ramadan dan dia akan cuba sebaik mungkin untuk kekalkan harga sama seperti tahun sebelum ini,”ceritanya.

Dalam pada itu, Riena berkata, dia akan terus menyokong peniaga di bazar dan berhasrat untuk pergi ke semua lokasi terdekat dengan rumahnya.

“Tahun ini sambutan puasa lebih meriah, jadi saya mahu sokong semua peniaga.

“Kalau boleh saya mahu pergi ke semua bazar yang dekat dengan rumah untuk menghargai peluang ini,”ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*